My bookmarksSign up free
← Consumer Protection Act 1999

Consumer Protection Act 1999 s 29

Consumer Protection Act 1999 s 29

s 29 Power of court to grant ancillary relief

(1) Where, in any proceedings under this Part, or on the application of any person, the court finds that such person, whether or not he is a party to the proceedings, has suffered or is likely to suffer loss or damage by the conduct of any other person that constitutes or would constitute— (a) a contravention of; (b) aiding, abetting, counselling or procuring the contravention of; (c) inducing by threats, promises or otherwise the contravention of; (d) being in any way knowingly concerned in or party to, whether directly or indirectly, the contravention of; or (e) conspiring with any other person in the contravention of, any of the provisions of Part II or III, the court may, without prejudice to any other relief it may grant, make any or all of the orders referred to in subsection (2). (2) For the purposes of this section, the court may make the following orders: (a) an order declaring— (i) the whole or any part of a contract made between the person who suffered or is likely to suffer the loss or damage and the person who engaged in the conduct referred to in subsection (1); or (ii) the whole or any part of a collateral arrangement relating to such a contract, to be void and, if the court thinks fit, to be void ab initio or at all times on and after such date, before the date on which the order is made, as may be specified in the order; (b) an order varying the contract or arrangement in such manner as may be specified in the order and, if the court thinks fit, declaring the contract or arrangement to have had effect as so varied on and after such date, before the date on which the order is made, as may be specified in the order; (c) an order directing the person who engaged in the conduct referred to in subsection (1)— (i) to refund the money or return the property; (ii) to pay the amount of the loss or damage; (iii) at the person’s own expense, to repair or provide parts for goods that have been supplied by him; (iv) at the person’s own expense, to supply specified services, to the person who suffered, or is likely to suffer, the loss or damage, as the case may be. (3) An order under paragraph (2)(a) or (b) shall not prevent proceedings from being instituted or maintained under this Part. (4) In an application for an order against a person under this section, a finding of fact made in proceedings for an offence under section 25, being proceedings in which that person was found to have engaged in conduct of the kind referred to in subsection (1), shall be prima facie evidence of that fact and the finding may be proved by the production of a document under the seal of the court in which the finding was made.

Malay text (authoritative)

Kuasa mahkamah untuk memberikan relief sampingan

(1) Jika, dalam mana-mana prosiding di bawah Bahagian ini, atau atas permohonan oleh mana-mana orang, mahkamah mendapati bahawa orang itu, sama ada dia merupakan suatu pihak kepada prosiding itu atau tidak, telah menanggung atau mungkin menanggung kerugian atau kerosakan akibat perlakuan mana-mana orang lain yang menjadi atau akan menjadi— (a) pelanggaran; (b) pembantuan, persubahatan, penasihatan atau penyebab bagi pelanggaran; (c) dorongan melalui ugutan, janji atau selainnya bagi pelanggaran; (d) dengan apa-apa cara secara sedar terlibat dalam atau menjadi pihak kepada, sama ada secara langsung atau tidak langsung, pelanggaran; atau (e) berkomplot dengan mana-mana orang lain dalam pelanggaran, mana-mana peruntukan Bahagian II atau III, mahkamah boleh, tanpa menjejaskan mana-mana relief lain yang boleh diberikan olehnya, membuat mana-mana atau kesemua perintah yang disebut dalam subseksyen (2). (2) Bagi maksud seksyen ini, mahkamah boleh membuat perintah yang berikut: (a) perintah yang mengisytiharkan— (i) keseluruhan atau mana-mana bahagian kontrak yang dibuat antara orang yang menanggung atau mungkin menanggung kerugian atau kerosakan dengan orang yang terlibat dalam perlakuan yang disebut dalam subseksyen (1); atau (ii) keseluruhan atau mana-mana bahagian perkiraan kolateral yang berhubungan dengan kontrak itu, sebagai tidak sah dan, jika difikirkan patut oleh mahkamah, sebagai tidak sah ab initio atau pada bila-bila masa pada dan selepas apa-apa tarikh, sebelum tarikh perintah itu dibuat, yang dinyatakan dalam perintah itu; (b) suatu perintah yang mengubah kontrak atau perkiraan itu mengikut apa-apa cara yang dinyatakan dalam perintah itu dan, jika difikirkan patut oleh mahkamah, mengisytiharkan kontrak atau perkiraan itu telah mempunyai kuat kuasa sebagaimana yang diubah sedemikian pada dan selepas apa-apa tarikh, sebelum tarikh perintah itu dibuat, yang dinyatakan dalam perintah itu; (c) suatu perintah yang mengarahkan orang yang terlibat dalam perlakuan yang disebut dalam subseksyen (1)— (i) membayar balik wang atau memulangkan harta; (ii) membayar amaun kerugian atau kerosakan itu; (iii) dengan perbelanjaan orang itu sendiri, membaiki atau mengadakan bahagian bagi barang yang telah dibekalkan olehnya; (iv) dengan perbelanjaan orang itu sendiri, membekalkan perkhidmatan yang dinyatakan, kepada orang yang menanggung atau mungkin menanggung, kerugian atau kerosakan, mengikut manamana yang berkenaan. (3) Suatu perintah di bawah perenggan (2)(a) atau (b) tidaklah menghalang prosiding dimulakan atau dikekalkan di bawah Bahagian ini. (4) Dalam permohonan untuk mendapatkan perintah terhadap seseorang di bawah seksyen ini, sesuatu dapatan fakta yang dibuat dalam prosiding bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 25, yang merupakan prosiding yang mengikutnya orang itu didapati telah terlibat dalam perlakuan daripada jenis yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta itu dan dapatan itu boleh dibuktikan dengan mengemukakan dokumen di bawah meterai mahkamah yang membuat dapatan itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 599 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2019 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next