My bookmarksSign up free
← Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000

Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 2

Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 2

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “action” means a civil proceeding commenced by writ or in such other manner as may be prescribed by rules of court and includes a counterclaim; “commercially exploit” includes— (a) to sell, let for hire or otherwise distribute by way of trade; (b) to offer or expose for sale or hire or other distribution by way of trade; and (c) to import for the purpose of sale, letting for hire or other distribution by way of trade; “compulsory licence” means the authorization to perform in Malaysia, without the agreement of the right holder of the protected layout-design, any act referred to in section 9; “creator”, in relation to a computer-aided design of a layoutdesign, means the person who made the arrangements for the creation of the layout-design; “exclusive licence” means a licence in writing, signed by or on behalf of a right holder authorizing the licensee, to the exclusion of all other persons including the person granting the licence, to exercise a right that would otherwise be exercisable exclusively by the right holder; “integrated circuit” means a product, whether in its final form or in an intermediate form, in which the elements, at least one of which is an active element, and some or all of the interconnections are integrally formed in and on, or in or on, a piece of material and which is intended to perform an electronic function; “layout-design” means the three-dimensional disposition, however expressed, of the elements of an integrated circuit and some or all of the interconnections of the integrated circuit or such a threedimensional disposition prepared for an integrated circuit intended for manufacture; “material form”, in relation to a layout-design, includes any form of storage (whether visible or not) from which the layoutdesign, or a substantial part of the layout-design, can be reproduced; “protected layout-design” means a layout-design that is protected under section 5; “qualifying country” means a country or territory that is a Member to the World Trade Organization Agreement and includes a country or territory designated under section 4; “qualifying person” means a person who qualifies for the protection of this Act under section 6; “reproduction” means the act or process of copying the layoutdesign, directly or indirectly, in a material form; “right holder” means the person that is to be regarded as the beneficiary of the protection referred to in section 9; “unauthorized”, in relation to— (a) a copy of a protected layout-design, means it is made without the consent of the right holder of the protected layout-design; and (b) an integrated circuit in which a protected layout-design is incorporated, means such incorporation is done without the consent of the right holder of the protected layout design; “World Trade Organization Agreement” means the Marrakesh Agreement Establishing the World Trade Organization done at Marrakesh on 15 April 1994. (2) A layout-design shall be taken to have been commercially exploited if the layout-design, a copy of the layout-design or an integrated circuit in which the layout-design is incorporated (whether or not the integrated circuit is contained in another article) is commercially exploited in Malaysia or elsewhere. (3) A reference to the doing of an act (other than creating) in relation to a layout-design includes a reference to the doing of that act in relation to a substantial part of the layout-design. (4) A reference to a copy of a layout-design includes a reference to a copy of a substantial part of the layout-design. (5) A reference to an integrated circuit made in accordance with a layout-design includes a reference to an integrated circuit in which the layout-design is substantially incorporated.

Malay text (authoritative)

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— "bentuk material" , berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur, termasuklah apa-apa bentuk penyimpanan (sama ada ketara atau tidak) yang daripadanya reka bentuk susun atur itu, atau• suatu bahagian substansial reka bentuk susun atur itu, dapat dihasilkan semula; "lesen eksklusif" ertinya sesuatu lesen bertulis, yang ditandatangani oleh atau bagi pihak pemegang hak yang memberi kuasa pemegang lesen, sehingga mengetepikan semua orang lain termasuk orang yang memberi lesen itu, untuk menggunakan sesuatu hak yang jika tidak kerana itu hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemegang hak; "lesen wajib" ertinya pemberian kuasa untuk melaksanakan di Malaysia, tanpa persetujuan pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung, mana-mana perbuatan yang disebut dalam seksyen 9; "'itar bersepadu" ertinya sesuatu keluaran, sama ada dalam bentuk akhirnya atau dalam bentuk perantaraan, yang dalamnya unsurunsur, yang sekurang-kurangnya satu daripadanya merupakan unsur aktif, dan sebahagian atau semua saling hubungannya adalah dibentuk secara bersepadu dalam dan pada, atau dalam atau pada, sekeping bahan dan yang dimaksudkan untuk melaksanakan suatu fungsi elektronik; "mengeksploitasikan secara perdagangan" termasuklah— (a) menjual, menyewakan atau mengagihkan selainnya secara perdagangan; (b) menawarkan atau mempamerkan untuk dijual atau disewa atau diagihkan selainnya secara perdagangan; dan (c) mengimport bagi maksud untuk menjual, menyewakan atau mengagihkan selainnya secara perdagangan; "menghasilkan semula" ertinya perbuatan atau proses untuk membuat salinan reka bentuk susun atur, secara langsung atau tidak langsung, dalam bentuk material; "negara yang layak" ertinya sesuatu negara atau wilayah yang menjadi Anggota Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia dan termasuklah sesuatu negara atau wilayah yang ditetapkan di bawah seksyen 4; "orang yang layak" ertinya seseorang yang layak mendapat perlindungan Akta ini di bawah seksyen 6; "pemegang hak" ertinya orang yang hendaklah dianggap sebagai orang yang mendapat manfaat daripada perlindungan yang disebut dalam seksyen 9; "pencipta" , berhubung dengan reka bentuk bantuan komputer sesuatu reka bentuk susun atur, ertinya orang yang membuat perkiraan bagi penciptaan reka bentuk susun atur itu; "Perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia" ertinya Perjanjian Marrakesh yang Menubuhkan Pertubuhan Perdagangan Dunia yang dibuat di Marrakesh pada 15 April 1994; "reka bentuk susun atur" ertinya susunan tiga dimensi, tidak kira bagaimana jua dinyatakan, unsur-unsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagıan atau semua saling hubungan litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang; "reka bentuk susun atur terlindung" ertinya sesuatu reka bentuk susun atur yang dilindungi di bawah seksyen 5; "tidak diberi kuasa" , berhubung dengan— (a) sesuatu salinan reka bentuk susun atur terlindung, ertinya salinan itu dibuat tanpa persetujuan pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung itu; dan (b) sesuatu litar bersepadu yang dalamnya digabungkan suatu reka bentuk susun atur terlindung, ertinya penggabungan itu dilakukan tanpa persetujuan pemegang hak reka bentuk susun atur terlindung itu; "tindakan" ertinya sesuatu prosiding sivil yang dimulakan dengan writ atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan oleh kaedahkaedah mahkamah dan termasuklah suatu tuntutan balas. (2) Sesuatu reka bentuk susun atur hendaklah dianggap telah dieksploitasikan secara perdagangan jika reka bentuk susun atur itu, suatu salinan reka bentuk susun atur itu atau suatu litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur itu (sama ada atau tidak litar bersepadu itu terkandung dalam barang lain) telah dieksploitasikan secara perdagangan di Malaysia atau di tempat lain. (3) Sesuatu sebutan mengenai pelakuan sesuatu perbuatan (selain mencipta) berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur termasuklah sebutan mengenai pelakuan perbuatan itu berhubung dengan suatu bahagian substansial reka bentuk susun atur itu. (4) Sesuatu sebutan mengenai salinan sesuatu reka bentuk susun atur termasuklah sebutan mengenai salinan suatu bahagian substansial reka bentuk susun atur itu. (5) Sesuatu sebutan mengenai sesuatu litar bersepadu yang dibuat mengikut suatu reka bentuk susun atur termasuklah sebutan mengenai litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur itu secara substansial. Pemakaian

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 601 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next