My bookmarksSign up free
← Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000

Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 22

Layout-Designs of Integrated Circuits Act 2000 s 22

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 22 Exercise of concurrent rights

(1) If an action for the infringement of a right holder’s right in a protected layout-design is brought by the right holder or by the exclusive licensee under Part III and the action relates, wholly or partly, to an infringement in respect of which the right holder and the exclusive licensee have concurrent rights of action under that Part, neither the right holder nor the exclusive licensee, as the case may be, shall be entitled, except with the leave of the High Court, to proceed with the action in so far as it relates to that infringement unless the other party is either joined as a plaintiff in the action or added as a defendant. (2) Subsection (1) shall not apply to an application by a right holder or an exclusive licensee for interlocutory relief. (3) Without prejudice to subsections 18(6) and 18(7), a right holder or an exclusive licensee who is added as a defendant in an action under subsection (1) shall not be liable for any costs in the action unless he enters an appearance and takes part in the proceedings. (4) If an action for the infringement of the rights of a right holder in a protected layout-design is brought and the action relates, wholly or partly, to an infringement in respect of which a right holder and an exclusive licensee have concurrent rights of action— (a) the High Court shall, in assessing damages, take into account the terms of the licence and any pecuniary remedy previously awarded or available to either of them in respect of the infringement; (b) the High Court shall, if an account of profits is directed to be taken in respect of that infringement in that action, apportion the profits between them as the High Court considers just and shall give such directions as the High Court considers appropriate for giving effect to the apportionment, subject to any agreement between them as to the application of those profits; (c) the High Court shall not, if an account of profits has been directed in favour of one of the parties in respect of an infringement, award damages in respect of the same infringement to the other party; and (d) the High Court shall not, if an award of damages has been made or an account of profits has been directed in favour of one of the parties in respect of an infringement, direct that an account of profits be made in favour of the other party in respect of the same infringement. (5) Subsection (4) shall apply whether or not the right holder and the exclusive licensee are both parties to the action. (6) A right holder shall, by post or otherwise, notify any exclusive licensee who has concurrent rights of action in respect of an infringement of a right in a protected layout-design before applying for an order for delivery up under section 15, and the High Court may, on the application of the exclusive licensee, make a delivery up order that it considers just having regard to the terms of the licence.

Malay text (authoritative)

(1) Jika suatu tindakan bagi pelanggaran hak seseorang pemegang hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung dibawa oleh pemegang hak atau oleh pemegang lesen eksklusit di bawah Bahagian III dan tindakan itu berhubung, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan sesuatu pelanggaran yang berkenaan dengannya pemegang hak dan pemegang lesen eksklusif mempunyai hak tindakan bersama di bawah Bahagian itu, baik pemegang hak mahupun pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berhak, kecuali dengan keizinan Mahkamah Tinggi, untuk meneruskan tindakan itu setakat yang tindakan itu berkaitan dengan pelanggaran itu melainkan jika pihak yang satu lagi sama ada disertakan sebagai plaintif dalam tindakan itu atau ditambahkan sebagai defendan. (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi sesuatu permohonan oleh pemegang hak atau pemegang lesen eksklusif untuk mendapatkan relief interlokutori. (3) Tanpa menjejaskan subseksyen 18(6) dan 18(7), pemegang hak atau pemegang lesen eksklusif yang ditambahkan sebagai defendan dalam sesuatu tindakan di bawah subseksyen (1) tidak bertanggungan bagi apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan jika pemegang hak atau pemegang lesen eksklusif itu memasukkan kehadiran dan mengambil bahagian dalam prosiding itu. (4) Jika suatu tindakan bagi pelanggaran hak seseorang pemegang hak mengenai reka bentuk susun atur terlindung dibawa dan tindakan itu berkaitan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dengan sesuatu pelanggaran yang berkenaan dengannya pemegang hak dan pemegang lesen eksklusif mempunyai hak tindakan bersama— (a) Mahkamah Tinggi hendaklah, dalam menaksirkan ganti rugi, mengambil kira terma lesen dan apa-apa remedi kewangan yang telah diawardkan sebelum itu atau yang tersedia bagi mana-mana daripada mereka berkenaan dengan pelanggaran itu; (b) Mahkamah Tinggi hendaklah, jika penyata mengenai keuntungan diarahkan supaya diambil berkenaan dengan pelanggaran itu dalam tindakan itu, mengumpukkan keuntungan itu antara mereka sebagaimana yang didapati adil oleh Mahkamah Tinggi dan hendaklah memberikan apa-apa arahan yang didapati patut oleh Mahkamah Tinggi untuk memberikan kesan kepada pengumpukan itu, tertakluk kepada apa-apa perjanjian antara mereka tentang pembahagian keuntungan itu; (c) Mahkamah Tinggi tidak boleh, jika penyata mengenai keuntungan telah diarahkan memihak kepada satu daripada pihak itu berkenaan dengan sesuatu pelanggaran, mengawardkan ganti rugi berkenaan dengan pelanggaran yang sama kepada pihak yang satu lagı; dan (d) Mahkamah Tinggi tidak boleh, jika suatu award ganti rugi telah dibuat atau suatu penyata mengenai keuntungan telah diarahkan memihak kepada satu daripada pihak itu berkenaan dengan sesuatu pelanggaran, mengarahkan supaya penyata mengenai keuntungan dibuat memihak kepada pihak yang satu lagi berkenaan dengan pelanggaran yang sama. (5) Subseksyen (4) hendaklah terpakai sama ada atau tidak pemegang hak dan pemegang lesen eksklusif kedua-duanya merupakan pihak dalam tindakan itu. (6) Seseorang pemegang hak hendaklah, melalui pos atau selainnya, memberitahu mana-mana pemegang lesen eksklusif yang mempunyai hak tindakan bersama berkenaan dengan pelanggaran hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung sebelum memohon untuk mendapatkan perintah bagi penyerahan di bawah seksyen 15, dan Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan pemegang lesen eksklusıt, membuat perıntah bagı penyerahan yang didapatinya adil dengan mengambil kira terma lesen itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 601 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next