My bookmarksSign up free
← Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 29

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 29

s 29 Saving and transitional

(1) Any proceedings pending on the commencement of this Act before the appropriate disciplinary authority or appellate authority established or provided for in the incorporating law of a statutory body or in subsidiary legislation made under that law shall be continued in accordance with the provisions applicable to those proceedings in the incorporating law or subsidiary legislation made under that law and the disciplinary authority or appellate authority may make such order or decision as it is empowered to make under those provisions. (2) Any disciplinary offence committed or alleged to have been committed by an officer of a statutory body before the commencement of this Act shall be dealt with under the provisions of the incorporating law of the statutory body. (3) Notwithstanding subsection (2), the officer referred to in that subsection shall be notified that he may elect to have the disciplinary offence dealt with under this Act, and if he so elects the disciplinary offence shall be dealt with in accordance with this Act.

Malay text (authoritative)

Kecualian dan peralihan

(1) Apa-apa prosiding yang masih belum selesai pada permulaan kuat kuasa Akta ini di hadapan pihak berkuasa tatatertib atau pihak berkuasa rayuan yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah atau yang diperuntukkan dalam undang-undang pemerbadanan sesuatu badan berkanun atau dalam perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu hendaklah diteruskan mengikut peruntukan-peruntukan yang terpakai bagi prosiding itu dalam undang-undang pemerbadanan atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu dan pihak berkuasa tatatertib atau pihak berkuasa rayuan itu boleh membuat apa-apa perintah atau keputusan sebagaimana yang pihak berkuasa tatatertib atau pihak berkuasa rayuan itu diberi kuasa untuk membuatnya di bawah peruntukan-peruntukan itu. (2) Apa-apa kesalahan tatatertib yang dilakukan atau yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang pegawai sesuatu badan berkanun sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah peruntukan undang-undang pemerbadanan badan berkanun itu. (3) Walau apa pun subseksyen (2), pegawai yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah diberitahu bahawa dia boleh memilih untuk kesalahan tatatertib itu diuruskan di bawah Akta ini, dan jika dia memilih sedemikian kesalahan tatatertib itu hendaklah diuruskan mengikut Akta ini. J ADUAL PERTAMA [Subseksyen 2(1)] BADAN BERKANUN YANG BAGINYA AKTA INI TIDAK TERPAKAI 1. Bank Negara Malaysia 2. Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 4. Lembaga Tabung Angkatan Tentera 5. Lembaga Tabung Haji 6. Pertubuhan Keselamatan Sosial 7. Bank Simpanan Nasional 8. Suruhanjaya Sekuriti 9. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 605 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next