My bookmarksSign up free
← Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 33

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 33

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 33 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menentukan jenis pelanggaran tatatertib

(1) Jika seseorang pegawai dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tatatertib— (a) Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan bagi pegawai itu; atau (b) jika terdapat lebih daripada satu peringkat Jawatankuasa Tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat, hendaklah, sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, menimbangkan dan menentukan sama ada kesalahan tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat. (2) Jika Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib yang disebut dalam perenggan (1)(a) atau (b) menentukan bahawa kesalahan tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, dia hendaklah merujukkan kes itu kepada Jawatankuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman sedemikian. Bab 2—Prosiding tatatertib tidak dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat

Read this section in the full act →

Find Act 605 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next