LawPlayer
My bookmarks
← Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 35

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 35

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

Act no.
Act 605
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 [Act 605], s 35

s 35 Tatacara dalam kes-kes tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat

(1) Jika ditentukan di bawah peraturan 33 bahawa kesalahan tatatertib yang diadukan terhadap seseorang pegawai adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah menimbangkan segala maklumat yang ada. (2) Jika didapati oleh Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan bahawa wujud suatu kes prima facie terhadap pegawai itu, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah— (a) mengarahkan supaya suatu pertuduhan yang mengandungi fakta kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh pegawai itu dan alasan-alasan yang berdasarkannya pegawai itu dicadangkan supaya dibuang kerja atau diturunkan pangkatnya di hantar kepada pegawai itu; dan (b) memanggil pegawai itu untuk membuat, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima pertuduhan itu, suatu representasi bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang padanya dia bergantung untuk membebaskan dirinya. (3) Jika, setelah menimbangkan representasi yang dibuat menurut subperaturan (1), Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh pegawai itu tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang dinyatakan dalam peraturan 40 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Tatatertib itu. (4) Jika pegawai itu tidak membuat apa-apa representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b), atau jika pegawai itu telah membuat representasi sedemikian tetapi representasi itu tidak dapat membersihkan dirinya sehingga memuaskan hati Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan, Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terus menimbangkan dan membuat keputusan tentang pembuangan kerja atau penurunan pangkat pegawai itu. (5) Jika Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan lanjut, Jawatankuasa Tatatertib boleh menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian.

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 35 is headed “Tatacara dalam kes-kes tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Version
The text of Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 35 is s 34.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 35 is s 36.
Synced
LawPlayer last synced the text of Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 35 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next