LawPlayer
My bookmarks
← Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 37

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 37

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

Act no.
Act 605
Text as at
Status
In force
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 [Act 605], s 37

s 37 Tatacara yang hendaklah diikuti oleh Jawatankuasa Penyiasatan

(1) Jawatankuasa Penyiasatan— (a) hendaklah memberitahu pegawai yang disiasat itu tarikh persoalan mengenai pembuangan kerja atau penurunan pangkatnya akan dibawa di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan; dan (b) boleh memanggil dan memeriksa mana-mana saksi atau mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkan perlu atau patut oleh Jawatankuasa Penyiasatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kes itu. (2) Jika Jawatankuasa Penyiasatan berpandangan bahawa pegawai itu patut dibenarkan hadir di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan untuk membersihkan dirinya, pegawai itu hendaklah menghadirkan dirinya di hadapan Jawatankuasa itu bagi maksud itu. (3) Jika saksi-saksi telah dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan, pegawai itu hendaklah diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal balas saksi-saksi bagi pihak dirinya. (4) Tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadap seseorang pegawai melainkan jika pegawai itu telah sebelum itu dibekali dengan satu salinan keterangan itu atau telah diberi akses kepada keterangan itu. (5) Jawatankuasa Penyiasatan boleh membenarkan badan berkanun atau pegawai itu diwakili oleh seorang pegawai badan berkanun atau, dalam hal yang luar biasa, oleh seorang peguam bela dan peguam cara, tetapi Jawatankuasa Penyiasatan boleh menarik balik kebenaran itu tertakluk kepada apa-apa penangguhan yang munasabah dan perlu bagi membolehkan pegawai itu untuk membentangkan kesnya sendiri. (6) Jika Jawatankuasa Penyiasatan membenarkan badan berkanun itu diwakili, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah juga membenarkan pegawai yang disiasat itu diwakili dengan cara yang sama. (7) Jika pegawai yang disiasat yang dikehendaki hadir di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan jika tiada alasan yang mencukupi diberikan bagi penangguhan, Jawatankuasa Penyiasatan boleh terus menimbangkan dan membuat keputusan tentang aduan itu atau boleh menangguhkan prosiding itu ke suatu tarikh yang lain. (8) Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah mengemukakan satu laporan tentang penyiasatan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan. (9) Jika Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan (8) tidak jelas tentang perkara-perkara tertentu atau bahawa penyiasatan lanjut adalah perlu, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan boleh merujukkan perkara itu semula kepada Jawatankuasa Penyiasatan bagi penyiasatan lanjut.

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 37 is headed “Tatacara yang hendaklah diikuti oleh Jawatankuasa Penyiasatan” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Version
The text of Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 on LawPlayer follows the version published by Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) as at 1 January 2006.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 37 is s 36.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 37 is s 38.
Synced
LawPlayer last synced the text of Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000, s 37 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next