My bookmarksSign up free
← Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 4

Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000 s 4

s 4 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “Board” means the statutory body itself or, where the incorporating law provides for a separate board, council or committee by whatever name called to carry out the functions of the statutory body and to have charge of the general management and administration of the statutory body, that board, council or committee; “Director General” means the person, by whatever name called, who is charged with the day to day administration and management of the affairs of a statutory body; “Disciplinary Appeal Committee” means the committee referred to in section 7; “Disciplinary Committee” means the committee referred to in section 6; “disciplinary offence” means the breach of any provision of the code of conduct set out in the Regulations and includes any act or omission in respect of which disciplinary action may be taken under the Regulations; “emoluments” means any remuneration, inclusive of salary, fixed rewards, incentive payments and monthly allowances, which is due to be paid to an officer each month; “federal law” means an Act of Parliament or an Ordinance which relates to any matter with respect to which Parliament may make laws or subsidiary legislation made under an Act of Parliament or such Ordinance; “Head of Department” means an officer who is responsible for a department, division, unit or branch of a statutory body, and includes any officer authorized in writing by the Board to carry out the functions of a Head of Department for any period of time; “incorporating law” means the federal law by which a statutory body is incorporated; “Minister”, in relation to a statutory body, means the Minister charged with the responsibility for the statutory body under the incorporating law or under the Ministerial Functions Act 1969 [Act 2]; “Ministry” means the Ministry responsible for a statutory body; “officer” means a person who is employed on a permanent, temporary or contractual basis by a statutory body, and is paid emoluments by the statutory body, and includes a person who is seconded to any subsidiary corporation or company of the statutory body or any other statutory body or any Ministry, department or agency of the Federal Government or any department or agency of the Government of any State or any company in which the Federal Government or the Government of any State has an interest; “Regulations” means the Regulations in the Second Schedule; “salary” means the basic salary of an officer; “statutory body” means a body, by whatever name called, incorporated by federal law for the purposes of the Federal Government, but does not include a local authority.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “badan berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang diperbadankan oleh undang-undang persekutuan bagi maksud Kerajaan Persekutuan, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan; “emolumen” ertinya apa-apa saraan, termasuklah gaji, pemberian tetap, pembayaran insentif dan elaun bulanan, yang kena dibayar kepada seseorang pegawai setiap bulan; “gaji” ertinya gaji pokok seseorang pegawai; “Jawatankuasa Rayuan Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 7; “Jawatankuasa Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 6; “Kementerian” ertinya Kementerian yang bertanggungjawab bagi sesuatu badan berkanun; “kesalahan tatatertib” ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan dan termasuklah apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan dengannya tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan-Peraturan; “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, bahagian, unit atau cawangan sesuatu badan berkanun, dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga untuk menjalankan fungsi-fungsi seorang Ketua Jabatan bagi apa-apa tempoh masa; “Ketua Pengarah” ertinya orang, walau dengan nama apa pun disebut, yang dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal sesuatu badan berkanun; “Lembaga” ertinya badan berkanun itu sendiri atau, jika undangundang pemerbadanannya mengadakan peruntukan bagi suatu lembaga, majlis atau jawatankuasa yang berasingan, walau dengan nama apa pun disebut, untuk menjalankan fungsi-fungsi badan berkanun itu dan untuk menjaga pengurusan dan pentadbiran am badan berkanun itu, lembaga, majlis atau jawatankuasa itu; “Menteri”, berhubung dengan sesuatu badan berkanun, ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi badan berkanun itu di bawah undang-undang pemerbadanannya atau di bawah Akta Tugas-Tugas Menteri 1969 [Akta 2]; “pegawai” ertinya seseorang yang diambil bekerja secara tetap, sementara atau kontrak oleh sesuatu badan berkanun, dan dibayar emolumen oleh badan berkanun itu, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan ke mana-mana perbadanan subsidiari atau syarikat badan berkanun itu atau mana-mana badan berkanun yang lain atau mana-mana Kementerian, jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan mana-mana Negeri atau mana-mana syarikat yang dalamnya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri mempunyai kepentingan; “Peraturan-Peraturan” ertinya Peraturan-Peraturan dalam Jadual Kedua; “undang-undang pemerbadanan” ertinya undang-undang persekutuan yang melaluinya sesuatu badan berkanun diperbadankan; “undang-undang persekutuan” ertinya sesuatu Akta Parlimen atau sesuatu Ordinan yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Parlimen boleh membuat undang-undang atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah sesuatu Akta Parlimen atau Ordinan itu.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 605 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next