My bookmarksSign up free
← Optical Discs Act 2000

Optical Discs Act 2000 s 49

Optical Discs Act 2000 s 49

s 49 Protection of informers

(1) Except as provided in this section, no witness in any civil or criminal proceedings shall be obliged or permitted to disclose the name or address of any informer or the substance and nature of the information received from him or to state any matter which may lead to his discovery. (2) If any book, document, record or paper which is in evidence or is liable to inspection in any civil or criminal proceedings contains any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all such entries to be concealed from view or to be obliterated so far only as may be necessary to protect the informer from discovery. (3) If in a trial for any offence under this Act the court after full inquiry into the case believes that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceeding the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties to the proceeding without the discovery of the informer, it shall be lawful for the court to require the production of the original complaint, if in writing, and permit inquiry and require full disclosure concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan mendedahkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui. (2) Jika apa-apa buku, dokumen, rekod atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apaapa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui siapa pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 606 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next