My bookmarksSign up free
← Perbadanan Labuan Act 2001

Perbadanan Labuan Act 2001 s 25

Perbadanan Labuan Act 2001 s 25

s 25 Acquisition of land

(1) When any land in the Federal Territory of Labuan, not being State land, is needed to be acquired by the Perbadanan for the purposes of this Act, such land may be acquired in accordance with the provisions of any written law for the time being in force in the Federal Territory of Labuan relating to the acquisition of land for a public purpose, and any declaration required by any such written law that such land is so needed may be made notwithstanding that compensation is to be paid by the Perbadanan, and such declaration shall have effect as if it were a declaration that such land is needed for a public purpose in accordance with such written law. (2) All expenses and compensation payable for the acquisition of any land under this section shall be paid by the Perbadanan. (3) Where any land has been acquired under this section, the Perbadanan shall extract the necessary documents of title in respect of such land and shall pay any rent to which such land may be subject.

Malay text (authoritative)

Pengambilan tanah

(1) Apabila mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan Labuan, yang bukan tanah Kerajaan, perlu diambil oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini, tanah itu boleh diambil mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Labuan yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Perbadanan, dan perisytiharan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu adalah suatu perisytiharan bahawa tanah itu diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu. (2) Segala perbelanjaan dan pampasan yang kena dibayar bagi pengambilan apa-apa tanah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan. (3) Jika apa-apa tanah telah diambil di bawah seksyen ini, Perbadanan hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan tanah itu dan hendaklah membayar apa-apa cukai yang dikenakan atas tanah itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 609 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next