s 33 Power of authorized officer to ask for information and assess levy
(1) For the purpose of obtaining full information for ascertaining whether any employer is required to register or to pay the levy under this Act, an authorized officer may by notice in writing require any person—
(a) to furnish the authorized officer within the time specified in the notice, not being less than thirty days from the date of such notice, any information or particulars specified in the notice; and
(b) to attend personally before the authorized officer and produce for examination all books, accounts, records and other documents which the authorized officer deems necessary.
(2) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence.
(3) The authorized officer may assess any payment of levy due by any employer based on information available if the employer—
(a) fails to keep or maintain any statement, particulars, register book or any record pertaining to each employee as required under this Act; or
(b) fails or refuses to submit any statement, particulars, register book or any record pertaining to each employee as required under this Act.
(4) The assessment made under subsection (3) shall be sufficient proof of the Corporation’s claim for the recovery of any levy under section 24.
Malay text (authoritative)
Kuasa pegawai diberi kuasa untuk meminta maklumat dan menaksir levi
(1) Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi memastikan sama ada mana-mana majikan dikehendaki mendaftar atau membayar levi di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang—
(a) memberi pegawai diberi kuasa itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir yang dinyatakan dalam notis itu; dan
(b) hadir sendiri di hadapan pegawai diberi kuasa itu dan mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menaksir apa-apa bayaran levi yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan pada maklumat yang ada jika majikan itu—
(a) tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini; atau
(b) tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini.
(4) Penaksiran yang dibuat di bawah subseksyen (3) adalah menjadi bukti yang mencukupi bagi tuntutan Perbadanan untuk mendapatkan apa-apa levi di bawah seksyen 24.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).