(1) The authorized officer making an investigation under this Act may examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case and shall reduce into writing any statement made by the person so examined.
(2) The person referred to in subsection (1) shall be legally bound to answer all question relating to the case put to him by the authorized officer.
(3) The person referred to in subsection (1) may refuse to answer any question if the answer to such question would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture.
(4) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth whether or not the statement is made wholly or partly in answer to questions.
(5) The authorized officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of the provisions of subsections (2), (3) and (4).
(6) A statement made by a person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and signed by the person making it or affixed with his thumbprint, as the case may be, after it has been read to him in the language in which he made it and after he has been given an opportunity to make any corrections he may wish.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk memeriksa orang
(1) Pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
(2) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu.
(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh enggan menjawab apa-apa soalan jika jawapan kepada apa-apa soalan itu berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(4) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
(5) Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu peruntukan subseksyen (2), (3) dan (4).
(6) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).