(1) Where a person is charged with an offence under this Act, any statement, whether the statement amounts to a confession or not or whether it is oral or in writing, made at any time, whether before or after the person is charged and whether in the course of investigation under this Act or not, and whether or not wholly or partly in answers to questions, by the person to or in the hearing of an authorized officer and whether or not interpreted to him by any other authorized officer or any other person whether concerned or not in the case, shall be admissible at his trial in evidence and, if the person tenders himself as a witness, any such statement may be used in his cross-examination and for the purpose of impeaching his credit.
(2) A statement referred to in subsection (1) shall not be admissible or used in cross-examination or for the purpose of impeaching the credit of the person making the statement—
(a) if the making of the statement appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against such person proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the person charged grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceeding against him; or
(b) in the case of the statement made by the person after his arrest, unless the court is satisfied that he was cautioned in the following words or words to the like effect:
“It is my duty to warn you that you are not obliged to say anything or to answer any question, but anything you say, whether in answer to a question or not may be given in evidence”.
(3) Notwithstanding subsection (2), a statement made by any person before there is time to caution him shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of his not having been cautioned if he is cautioned as soon as possible.
(4) A person accused of an offence to which subsection (1) applies shall not be bound to answer any questions relating to the case after the caution referred to in subsection (2) has been administered to him.
Malay text (authoritative)
Kebolehterimaan pernyataan
(1) Jika seseorang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu menjadi suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak, dan sama ada atau tidak pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai diberi kuasa lain atau mana-mana orang lain sama ada yang berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah boleh diterima pada perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balasnya dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.
(2) Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan dalam pemeriksaan balas atau bagi maksud mencabar kebolehpercayaan orang yang membuat pernyataan itu—
(a) jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan-alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa kelebihan atau mengelak daripada apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau
(b) dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”.
(3) Walau apa pun subseksyen (2), pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberikan amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia telah tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
(4) Seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas amaran yang disebut dalam subseksyen (2) telah diberikan kepadanya.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).