(1) An authorized officer may, for the purpose of carrying out the objective of this Act or any regulations made under this Act, at any reasonable time enter, inspect and examine any place of work.
(2) Whenever it appears to a Magistrate upon information, and after such inquiry as he thinks necessary, that there is reasonable cause to believe that in any place there is an evidence of the commission of an offence under this Act, the Magistrate may by warrant direct any authorized officer to enter the place, by force if necessary, and search for, seize and detain any such evidence.
(3) The authorized officer may, whenever it is necessary to do so—
(a) break open any outer or inner door of a place of work and enter into the place;
(b) forcibly enter into the place and every part of the place;
(c) remove by force any obstruction to such entry, search, seizure or removal as he is empowered to effect;
(d) detain any person found in the place until the place has been searched; or
(e) seize any book, account, record or other document containing information as to the commission of an offence under this Act or any thing relating to the offence.
(4) Whenever it appears to any authorized officer that there is reasonable cause to believe that in any place there is concealed or deposited any books, accounts or other documents which are suspected to contain information as to the commission of an offence under this Act or any other thing relating to the offence and such officer has reasonable grounds for believing that by reason of the delay in obtaining a search warrant the books, accounts or other documents are likely to be removed, the authorized officer may exercise in and in respect of such place all the powers mentioned in subsection (1) as if he were empowered to do so by warrant issued under subsection (2).
(5) Notwithstanding subsection (1), (2) or (4), the authorized officer shall obtain a written consent from the Minister before entering, inspecting and examining any place of work under this section.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk menggeledah dan menyita
(1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bagi maksud menjalankan matlamat Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, pada mana-mana masa munasabah masuk, menyiasat dan memeriksa mana-mana tempat kerja.
(2) Apabila ternyata pada seseorang Majistret berdasarkan maklumat, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh dengan waran mengarahkan mana-mana pegawai diberi kuasa supaya memasuki tempat itu, dengan kekerasan jika perlu, dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa keterangan sedemikian.
(3) Pegawai diberi kuasa itu boleh, apabila perlu untuk berbuat demikian—
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam sesuatu tempat kerja dan masuk ke dalam tempat itu;
(b) masuk dengan kekerasan ke dalam tempat itu dan tiap-tiap bahagian tempat itu;
(c) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya;
(d) menahan mana-mana orang yang ditemui dalam tempat itu sehingga tempat itu selesai digeledah; atau
(e) menyita apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa perkara berhubung dengan kesalahan itu.
(4) Apabila didapati oleh mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat ada tersembunyi atau disimpan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang disyaki mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu dan pegawai itu mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah buku, akaun atau dokumen lain itu berkemungkinan dialihkan, pegawai diberi kuasa itu boleh menjalankan dalam dan berkenaan dengan tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (1) seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).
(5) Walau apa pun subseksyen (1), (2) atau (4), pegawai diberi kuasa hendaklah mendapatkan keizinan bertulis Menteri sebelum memasuki, menyiasat dan memeriksa mana-mana tempat kerja di bawah seksyen ini.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).