s 59 Continuance of civil and criminal proceedings
(1) Subject to the provisions of this Act, neither the repeal of the repealed Act nor anything contained in this Act shall affect any person’s liability to be prosecuted or punished for offences committed under the repealed Act before the appointed date, or any proceedings brought or sentence imposed before that date in respect of such offence.
(2) Subject to the provisions of this Act, any proceedings (whether civil or criminal) or cause of action pending or existing immediately before the appointed date by or against the Council or any person acting on behalf of the Council may be continued or instituted by or against the Corporation as it might have been continued or instituted by or against the Council or such person as if this Act had not been passed.
(3) Any appeal brought or any leave to appeal applied for on or after the appointed date against a decision given in any legal proceedings before that date may be brought by or against the Corporation as it might have been brought by or against the Council as if this Act had not been passed.
Malay text (authoritative)
Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, baik pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidaklah menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, apa-apa prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Majlis atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Majlis seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
Text as at 1 November 2017 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).