Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 10
s 10 Communication to a foreign State
(1) Notwithstanding any other written law or rule of law, the competent authority may communicate any thing disclosed to it under section 14 to a corresponding authority of a foreign State ifβ
(a) there exists an arrangement between Malaysia and a foreign State under which the corresponding authority of the foreign State has agreed to communicate to Malaysia, upon Malaysiaβs request, information received by the corresponding authority that corresponds to any thing required to be disclosed to the competent authority under section 14; and
(b) the competent authority is satisfied that the corresponding authority has given appropriate undertakingsβ
(i) for protecting the confidentiality of any thing communicated to it; and
(ii) for controlling the use that will be made of it, including an undertaking that it will not be used as evidence in any proceedings.
(2) In this section, βcorresponding authorityβ, in relation to a foreign State, means the authority of that foreign State responsible for receiving information that corresponds to any thing required to be disclosed to a competent authority under section 14.
Malay text (authoritative)
Penyampaian kepada Negara asing
(1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang lain, pihak berkuasa berwibawa boleh
menyampaikan apa-apa benda yang dizahirkan kepadanya di bawah seksyen 14 kepada pihak berkuasa yang bersamaan sesuatu Negara asing jikaβ
(a) wujud suatu perkiraan antara Malaysia dengan suatu Negara asing yang di bawahnya pihak berkuasa yang bersamaan Negara asing itu telah bersetuju untuk menyampaikan kepada Malaysia, atas permintaan Malaysia, maklumat yang diterima oleh pihak berkuasa yang bersamaan itu yang bersamaan dengan apa-apa benda yang dikehendaki supaya dizahirkan kepada pihak berkuasa berwibawa di bawah seksyen 14; dan
(b) pihak berkuasa berwibawa berpuas hati bahawa pihak berkuasa yang bersamaan itu telah memberikan akujanji yang berkenaanβ
(i) bagi melindungi kerahsiaan apa-apa benda yang disampaikan kepadanya; dan
(ii) bagi mengawal penggunaan yang akan dibuat daripadanya, termasuklah suatu akujanji bahawa benda itu tidak akan digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.
(2) Dalam seksyen ini, βpihak berkuasa yang bersamaanβ, berhubung dengan sesuatu Negara asing, ertinya pihak berkuasa bagi Negara asing itu yang bertanggungjawab bagi menerima maklumat yang bersamaan dengan apa-apa benda yang dikehendaki supaya dizahirkan kepada pihak berkuasa berwibawa di bawah seksyen 14.
Read this section in the full act β Β· Open Part III β
Find Act 613 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).