My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 16

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 16

s 16 Identification of account holder

(1) A reporting institution— (a) shall maintain accounts in the name of the account holder; and (b) shall not open, operate or maintain any anonymous account or any account which is in a fictitious, false or incorrect name. (2) A reporting institution shall— (a) verify, by reliable means, the identity, representative capacity, domicile, legal capacity, occupation or business purpose of any person, as well as other identifying information on that person, whether he be an occasional or usual client, through the use of documents such as identity card, passport, birth certificate, driver’s licence and constituent document, or any other official or private document, when establishing or conducting business relations, particularly when opening new accounts or passbooks, entering into any fiduciary transaction, renting of a safe deposit box, or performing any cash transaction exceeding such amount as the competent authority may specify; and (b) include such details in a record. (3) A reporting institution shall take reasonable measures to obtain and record information about the true identity of the person on whose behalf an account is opened or a transaction is conducted if there are any doubts that any person is not acting on his own behalf, particularly in the case of a person who is not conducting any commercial, financial, or industrial operations in the foreign State where it has its headquarters or domicile. (4) For purposes of this section, “person” shall include any person who is a nominee, agent, beneficiary or principal in relation to a transaction.

Malay text (authoritative)

Pengenalpastian pemegang akaun

(1) Sesuatu institusi pelapor— (a) hendaklah menyenggara akaun dalam nama pemegang akaun itu; dan (b) tidak boleh membuka, menjalankan atau menyenggara mana-mana akaun tanpa nama atau mana-mana akaun atas nama rekaan, palsu atau tidak betul. (2) Sesuatu institusi pelapor hendaklah— (a) menentusahkan, dengan cara yang dapat dipercayai, identiti, sifat perwakilan, domisil, sifat di sisi undang-undang, pekerjaan atau tujuan perniagaan mana-mana orang, serta juga maklumat pengenalpastian lain mengenai orang itu, sama ada dia seorang pelanggan sekali sekala atau lazim, melalui penggunaan dokumen seperti kad pengenalan, pasport, perakuan kelahiran, lesen memandu dan dokumen konstituen, atau dokumen rasmi atau persendirian lain, semasa menjalin atau menjalankan hubungan perniagaan, terutamanya apabila membuka akaun atau buku akaun baru, membuat apa-apa transaksi fidusiari, menyewa peti simpan selamat, atau menjalankan apa-apa transaksi tunai yang melebihi amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa; dan (b) memasukkan butir-butir itu dalam suatu rekod. (3) Sesuatu institusi pelapor hendaklah mengambil langkahlangkah yang munasabah untuk mendapatkan dan merekodkan maklumat mengenai identiti sebenar orang yang bagi pihaknya suatu akaun dibuka atau suatu transaksi dijalankan jika terdapat apa-apa keraguan bahawa mana-mana orang tidak bertindak bagi pihak dirinya sendiri, terutamanya dalam hal seseorang yang tidak menjalankan apa-apa operasi komersial, kewangan, atau perindustrian di dalam Negara asing tempat terletaknya ibu pejabat atau domisilnya. (4) Bagi maksud seksyen ini, “orang” hendaklah termasuk manamana orang yang menjadi penama, ejen, benefisiari atau prinsipal berhubung dengan sesuatu transaksi.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next