LawPlayer
My bookmarksSign up freeSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 18

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 18

Act no.
Act 613
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 [Act 613], s 18

s 18 Opening account in false name

(1) No person shall open, operate or authorise the opening or the operation of an account with a reporting institution in a fictitious, false or incorrect name. (2) Where a person is commonly known by two or more different names, the person shall not use one of those names in opening an account with a reporting institution unless the person has previously disclosed the other name or names to the reporting institution. (3) Where a person using a particular name in his dealings with a reporting institution discloses to it a different name or names by which he is commonly known, the reporting institution shall make a record of the disclosure and shall, upon request in writing from the competent authority, give the competent authority a copy of that record. (4) For the purposes of this section— (a) a person opens an account in a false name if the person, in opening the account, or becoming a signatory to the account, uses a name other than a name by which the person is commonly known; (b) a person operates an account in a false name if the person does any act or thing in relation to the account (whether by way of making a deposit or withdrawal or by way of communication with the reporting institution concerned or otherwise) and, in doing so, uses a name other than a name by which the person is commonly known; and (c) an account is in a false name if it was opened in a false name, whether before or after the commencement date of this Act. (5) Any person who contravenes this section commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Pembukaan akaun atas nama palsu

(1) Tiada seorang pun boleh membuka, mengendalikan atau memberi kuasa pembukaan atau pengendalian sesuatu akaun dengan sesuatu institusi pelapor atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul. (2) Jika seseorang itu lazimnya dikenali dengan dua nama yang berbeza atau lebih, orang itu tidak boleh menggunakan manamana daripada nama itu dalam membuka akaun dengan sesuatu institusi pelapor melainkan jika orang itu sebelumnya telah menzahirkan nama atau nama-namanya yang lain itu kepada institusi pelapor itu. (3) Jika seseorang yang menggunakan suatu nama tertentu dalam urusannya dengan sesuatu institusi pelapor menzahirkan kepadanya nama atau nama-nama yang berbeza yang dengannya dia lazimnya dikenali, institusi pelapor itu hendaklah membuat suatu rekod tentang penzahiran itu dan hendaklah, atas permintaan secara bertulis daripada pihak berkuasa berwibawa, memberi pihak berkuasa berwibawa itu satu salinan rekod itu. (4) Bagi maksud seksyen ini— (a) seseorang itu membuka suatu akaun atas nama palsu jika orang itu, dalam membuka akaun itu, atau dalam menjadi seorang penandatangan kepada akaun itu, menggunakan suatu nama selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali; (b) seseorang itu mengendalikan suatu akaun atas nama palsu jika orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang berhubung dengan akaun itu (sama ada dengan cara membuat suatu deposit atau pengeluaran atau menghubungi institusi pelapor yang berkenaan atau selainnya) dan, dalam berbuat demikian, menggunakan suatu nama yang selain nama yang dengannya dia lazimnya dikenali; dan (c) suatu akaun adalah atas nama palsu jika akaun itu telah dibuka atas suatu nama palsu, sama ada sebelum atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini. (5) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Sources and editorial policy

Source
Laws of Malaysia (AGC)Synced from the official source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next