My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 44

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 44

s 44 Freezing of property

(1) Subject to section 50, where an enforcement agency, having the power to enforce the law under which a serious offence is committed, has reasonable grounds to suspect that an offence under subsection 4(1) has been, is being or is about to be committed by any person, it may issue an order freezing any property of that person, wherever the property may be, or in his possession, under his control or due from any source to him. (2) An order under subsection (1) may include— (a) an order to direct that the property, or such part of the property as is specified in the order, is not to be disposed of, or otherwise dealt with, by any person, except in such manner and in such circumstances, if any, as are specified in the order; and (b) an order to authorise any of its officers to take custody and control of the property, or such part of the property as is specified in the order if the enforcement agency is satisfied that the circumstances so require. (3) The enforcement agency in making the order under subsection (1) may give directions to the person named or described in the order as to— (a) the duration of the order; (b) the disposal of that property, for the purpose of— (i) determining any dispute as to the ownership of or other interest in the property or any part of it; (ii) its proper administration during the period of the order; (iii) the payment of debts incurred in good faith due to creditors prior to the order; (iv) the payment of money to that person for the reasonable subsistence of that person and his family; or (v) the payment of the costs of that person to defend criminal proceedings against him; or (c) the manner in which the property should be administered or dealt with. (4) An order made under subsection (1) may direct that the person named or described in the order shall— (a) be restrained, whether by himself or by his nominees, relatives, employees or agents, from selling, disposing of, charging, pledging, transferring or otherwise dealing with or dissipating his property; (b) not remove from or send out of Malaysia any of his money or property; and (c) not leave or be permitted to leave Malaysia and shall surrender any travel documents to the Director-General of Immigration within one week of the publication of the order. (5) An order made under subsection (1) shall cease to have effect after ninety days from the date of the order, if the person against whom the order was made has not been charged with an offence under this Act. (6) An enforcement agency shall not be liable for any damages or cost arising directly or indirectly from the making of an order under this section unless it can be proved that the order under subsection (1) was not made in good faith. (7) Where an enforcement agency directs that frozen property be administered or dealt with, the person charged with the administration of the property shall not be liable for any loss or damage to the property or for the cost of proceedings taken to establish a claim to the property or to an interest in the property unless the court before which the claim is made finds that the person charged with the administration of the property has been negligent in respect of the administration of the property.

Malay text (authoritative)

Pembekuan harta

(1) Tertakluk kepada seksyen 50, jika sesuatu agensi penguat kuasa, yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undangundang yang di bawahnya suatu kesalahan berat telah dilakukan, mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) telah, sedang atau akan dilakukan oleh mana-mana orang, ia boleh mengeluarkan suatu perintah membekukan mana-mana harta orang itu, walau di mana jua harta itu berada, atau dalam milikannya, di bawah kawalannya atau perlu dibayar daripada apa-apa sumber kepadanya. (2) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh termasuk— (a) suatu perintah untuk mengarahkan supaya harta, atau manamana bahagian harta itu yang ditentukan dalam perintah itu, tidak dilupuskan, atau selainnya diperlakukan, oleh mana-mana orang, kecuali mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa hal keadaan, jika ada, yang ditentukan dalam perintah itu; dan (b) suatu perintah bagi memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk mengambil jagaan dan kawalan harta itu, atau manamana bahagian harta itu yang ditentukan dalam perintah itu jika agensi penguat kuasa itu berpuas hati bahawa hal keadaan itu memerlukan yang sedemikian. (3) Agensi penguat kuasa itu dalam membuat perintah di bawah subseksyen (1) boleh memberikan arahan kepada orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu tentang— (a) tempoh perintah itu; (b) pelupusan harta itu, bagi maksud— (i) menentukan apa-apa pertikaian tentang pemunyaan, atau kepentingan lain mengenai harta itu atau manamana bahagiannya; (ii) pentadbirannya yang patut dalam tempoh perintah itu; (iii) pembayaran hutang yang dilakukan dengan suci hati yang kena dibayar kepada pemiutang-pemiutang sebelum perintah itu; (iv) pembayaran wang kepada orang itu bagi sara hidup yang munasabah oleh orang itu dan keluarganya; atau (v) pembayaran kos orang itu bagi membela dirinya dalam prosiding jenayah terhadapnya; atau (c) cara harta tersebut sepatutnya ditadbirkan atau diuruskan. (4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengarahkan supaya orang yang dinamakan atau diperihalkan dalam perintah itu— (a) dilarang, sama ada oleh dirinya sendiri atau oleh penama, saudara, pekerja atau ejennya, menjual, melupuskan, menggadaikan, menyandarkan, memindahkan hakmilik atau selainnya memperlakukan atau menghabiskan hartanya; (b) tidak memindahkan dari atau menghantar keluar dari Malaysia apa-apa wang atau hartanya; dan (c) tidak meninggalkan atau dibenarkan untuk meninggalkan Malaysia dan hendaklah menyerahkan mana-mana dokumen perjalanan kepada Ketua Pengarah Imigresen dalam masa satu minggu dari penyiaran perintah itu. (5) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas sembilan puluh hari dari tarikh perintah itu, jika orang yang terhadapnya perintah itu telah dibuat tidak dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini. (6) Sesuatu agensi penguat kuasa tidaklah bertanggungan bagi apa-apa ganti rugi atau kos yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada pembuatan sesuatu perintah di bawah seksyen ini kecuali jika dapat dibuktikan bahawa perintah di bawah subseksyen (1) itu telah tidak dibuat dengan suci hati. (7) Jika sesuatu agensi penguat kuasa mengarahkan supaya harta yang telah dibekukan ditadbirkan dan diurus, orang yang telah dipertanggungkan dengan pentadbiran harta itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan harta itu atau bagi kos prosiding yang diambil untuk membuktikan suatu tuntutan ke atas harta itu atau suatu kepentingan mengenai harta itu melainkan jika mahkamah yang di hadapannya tuntutan itu dibuat mendapati bahawa orang yang dipertanggungkan dengan pentadbiran harta itu cuai berkenaan dengan pentadbiran harta itu.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next