My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 54

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 54

s 54 Dealing with property after seizure to be void

(1) Where any property has been seized under this Act, and so long as such seizure remains in force, any dealing effected by any person or between any persons in respect of such property, except any dealing effected under this Act by an officer of a public body in his capacity as such officer, or otherwise by or on behalf of the Federal Government, or the Government of a State, or a local authority or other statutory authority, shall be null and void, and shall not be registered or otherwise be given effect to by any person or authority. (2) Subsection (1) shall be in addition to and not in derogation of subsections 51(3) and (4). (3) For so long as a seizure of any property under this Act remains in force, no action, suit or other proceedings of a civil nature shall be instituted, or if it is pending immediately before such seizure, be maintained or continued in any court or before any other authority in respect of the property which has been so seized, and no attachment, execution or other similar process shall be commenced, or if any such process is pending immediately before such seizure, be maintained or continued, in respect of such property on account of any claim, judgement or decree, regardless whether such claim was made, or such judgement or decree was given, before or after such seizure was effected, except at the instance of the Federal Government or the Government of a State, or at the instance of a local authority or other statutory authority, or except with the prior consent in writing of the Public Prosecutor.

Malay text (authoritative)

Membuat urusan tentang harta selepas penyitaan adalah tidak sah

(1) Jika apa-apa harta yang telah disita di bawah Akta ini, dan selagi penyitaan itu masih berkuat kuasa, apa-apa urusan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang atau antara mana-mana orang berkenaan dengan harta itu, kecuali apa-apa urusan yang dilaksanakan di bawah Akta ini oleh seseorang pegawai sesuatu badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun lain, adalah batal dan tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau selainnya diberi kuat kuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa. (2) Subseksyen (1) hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 51(3) dan (4). (3) Selagi sesuatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika tindakan, guaman atau prosiding lain itu belum selesai sebelum sahaja penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang telah disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang seumpama itu boleh dimulakan, dan jika apa-apa proses sedemikian belum selesai sebelum sahaja penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan, sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak sesuatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next