My bookmarksSign up free
← Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 67

Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 67

s 67 Property tracking

(1) Where the competent authority or an enforcement agency, as the case may be, has reason to believe that a person is committing, has committed or is about to commit an offence under this Act, the competent authority or enforcement agency, as the case may be, may order— (a) that any document relevant to identifying, locating or quantifying any property, or identifying or locating any document necessary for the transfer of the property, belonging to, or in the possession or under the control of that person or any other person, be delivered to it; or (b) any person to produce information on any transaction conducted by or for that person with the first-mentioned person. (2) Any person who does not comply with an order under subsection (1) commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both, and, in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding one thousand ringgit for each day during which the offence continues after conviction.

Malay text (authoritative)

Pengesanan harta

(1) Jika pihak berkuasa berwibawa atau sesuatu agensi penguat kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melakukan, telah melakukan atau akan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, pihak berkuasa berwibawa atau agensi penguat kuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memerintahkan— (a) supaya apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pengenalpastian, pencarian atau penjumlahan apa-apa harta, atau pengenalpastian atau pencarian apa-apa dokumen yang perlu bagi pemindahan hakmilik harta itu, yang dipunyai oleh, atau berada dalam milikan atau di bawah kawalan orang itu atau mana-mana orang lain, diserahkan kepadanya; atau (b) mana-mana orang mengemukakan maklumat mengenai apa-apa transaksi yang dilakukan oleh atau untuk orang itu dengan orang yang mula-mula disebut. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 613 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next