Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 82
Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, Anti-Restricted Activity Financing and Proceeeds of Unlawful Activities Act 2001 s 82
s 82 Jurisdiction
(1) Any offence under this Act—
(a) on the high seas on board any ship or on any aircraft registered in Malaysia;
(b) by any citizen or any permanent resident on the high seas on board any ship or on any aircraft; or
(c) by any citizen or any permanent resident in any place outside and beyond the limits of Malaysia,
may be dealt with as if it had been committed at any place within Malaysia.
(2) Notwithstanding anything in this Act, no charge as to any offence shall be inquired into in Malaysia unless a diplomatic officer of Malaysia, if there is one, in the territory in which the offence is alleged to have been committed certifies that, in his opinion, the charge ought to be brought in Malaysia; and where there is no such diplomatic officer, the sanction of the Public Prosecutor shall be required.
(3) Any proceedings taken against any person under this section which would be a bar to subsequent proceedings against that person for the same offence if the offence had been committed in Malaysia
shall be a bar to further proceedings against him under any written law relating to extradition or the surrender of fugitive criminals in force in Malaysia in respect of the same offence in any territory beyond the limits of Malaysia.
(4) For the purposes of this section, the expression “permanent resident” has the meaning assigned by the Courts of Judicature Act 1964 [Act 91].
Malay text (authoritative)
Bidang kuasa
(1) Mana-mana kesalahan di bawah Akta ini—
(a) di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di dalam mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;
(b) oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di dalam mana-mana kapal udara; atau
(c) oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar dan melepasi had Malaysia,
bolehlah diperlakukan seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
(2) Walau apa-apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, tiada pertuduhan tentang apa-apa kesalahan boleh disiasat di Malaysia melainkan jika seorang pegawai diplomatik Malaysia, jika ada pegawai sedemikian, di dalam wilayah tempat kesalahan itu dikatakan telah dilakukan memperakui bahawa, pada pendapatnya, pertuduhan itu sepatutnya dibawa di Malaysia; dan jika tiada pegawai diplomatik sedemikian, kebenaran Pendakwa Raya dikehendaki.
(3) Mana-mana prosiding yang diambil terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menjadi galangan kepada prosiding yang kemudiannya terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi galangan kepada prosiding yang selanjutnya terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan ekstradisi atau penyerahan penjenayah buruan yang berkuat kuasa di Malaysia berkenaan dengan kesalahan yang sama di mana-mana wilayah di luar had Malaysia.
(4) Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “pemastautin tetap” mempunyai erti yang diberikan oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).