JADUAL KEDUA
[Seksyen 3, takrif “kesalahan berat”]
Kesalahan Perihalan*
1. Subseksyen 4(1) Kesalahan pengubahan wang haram Akta ini
Akta Pencegahan Rasuah 1997 [Akta 575]
2. Seksyen 10 Kesalahan menyetuju-terima suapan
3. Seksyen 11 Kesalahan memberikan atau menyetuju- terima suapan oleh ejen
4. Seksyen 12 Penerima atau pemberi suapan adalah bersalah walaupun maksud tidak terlaksana atau perkara tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal
5. Seksyen 13 Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tender
6. Seksyen 14 Penyogokan pegawai badan awam
7. Seksyen 15 Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan
8. Seksyen 18 Berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima, atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan
9. Seksyen 20 Percubaan, persediaan, persubahatan dan komplot jenayah, boleh dihukum sebagaimana kesalahan
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]
10. Seksyen 25 Menerima, mengambil atau menyetuju-terima deposit yang dilarang, kecuali di bawah dan mengikut lesen sah yang diberikan di bawah seksyen 6(4)
Kesalahan Perihalan*
Akta Pertaruhan 1953 [Akta 495]
11. Seksyen 4 Rumah-rumah pertaruhan terbuka dan pusat- pusat maklumat pertaruhan 12. Subseksyen 6(3) Membuat pertaruhan di suatu rumah pertaruhan terbuka, dan penyelenggaraan pertaruhan
Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 [Akta 289]
13. Seksyen 4 Rumah perjudian terbuka
14. Seksyen 4 A Membantu dalam menjalankan loteri awam, dsb.
Akta Syarikat 1965 [Akta 125]
15. Seksyen 27 Pelawaan kepada orang ramai oleh syarikat persendirian
16. Seksyen 38 Pelawaan kepada orang ramai untuk meminjamkan atau menyimpan wang dengan suatu perbadanan
17. Seksyen 366 Mendorong orang ramai supaya melaburkan wang
Akta Hakcipta 1987 [Akta 332]
18. Seksyen 41 Pelanggaran hakcipta
Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 [Akta 357]
19. Seksyen 3 Memiliki bahan kakisan atau bahan letupan bagi maksud menyebabkan kecederaan
Akta Kastam 1967 [Akta 235]
20. Seksyen 135 Kesalahan menyeludup
Kesalahan Perihalan*
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]
21. Seksyen 4 Sekatan terhadap pengimportan candu mentah, daun koka, jerami popi dan ganja
22. Seksyen 5 Sekatan terhadap pengeksportan candu mentah, daun koka, jerami popi dan ganja
23. Seksyen 12 Sekatan ke atas pengimportan dan pengeksportan dadah berbahaya tertentu
24. Subseksyen 19(4) Pengeksportan dadah berbahaya
25. Subseksyen 20(5) Pengimportan dadah berbahaya
26. Seksyen 39B Pengedaran dadah berbahaya
Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 [Akta 340]
27. Seksyen 3 Penggunaan harta untuk aktiviti yang menjadi kesalahan-kesalahan tertentu
28. Seksyen 4 Mengurusniagakan atau menggunakan, memegang, menerima, atau menyembunyikan harta yang menyalahi undang-undang
29. Seksyen 56 Percubaan, persubahatan dan komplot jenayah yang boleh dihukum sebagai kesalahan
Akta Bahan Letupan 1957 [Akta 207]
30. Subseksyen 4(2) Kuasa untuk melarang pengilangan, pemilikan atau pengimportan bahan letupan yang begitu berbahaya
31. Seksyen 5 Perbuatan-perbuatan yang menyebabkan letupan atau kebakaran
Kesalahan Perihalan*
32. Seksyen 6 Menyebabkan letupan yang mungkin membahayakan nyawa atau harta
33. Seksyen 7 Percubaan menyebabkan letupan, atau membuat atau menyimpan bahan letupan dengan niat hendak membahayakan nyawa atau harta
34. Seksyen 8 Pembuatan atau pemilikan bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan syak
Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 [Akta 499]
35. Seksyen 3 Penubuhan pasaran niaga hadapan
36. Seksyen 16 Broker niaga hadapan hendaklah dilesenkan
36. Seksyen 16A Pengurus dana niaga hadapan hendaklah dilesenkan
38. Seksyen 79 Perdagangan palsu
39. Seksyen 80 Pembrokeran liar
40. Seksyen 82 Manipulasi harga kontrak niaga hadapan dan memborong simpan
41. Seksyen 83 Penggunaan muslihat, dll. untuk memfraud
42. Seksyen 86 Larangan penyalahgunaan maklumat yang didapati atas sifat rasmi
Akta Penculikan 1961 [Akta 365]
43. Seksyen 3 Pemelarian, penahanan salah atau pengurungan salah untuk wang tebusan
44. Seksyen 5 Dengan disedarinya menerima wang tebusan
45. Seksyen 6 Dengan disedarinya berbincang untuk mendapatkan, atau untuk membayar, wang tebusan
Kesalahan Perihalan*
Akta Cakera Optik 2000 [Akta 606]
46. Seksyen 4 Pengilangan tanpa lesen yang sah
47. Seksyen 21 Menggunakan kod pengilang palsu
Kanun Keseksaan [Akta 574]
48. Seksyen 161 Pekhidmat awam menerima suapan, selain saraan sah di sisi undang-undang, berkenaan dengan sesuatu perbuatan rasmi
49. Seksyen 162 Mengambil suapan untuk, dengan cara rasuah atau yang menyalahi undang-undang, mempengaruhi pekhidmat awam
50. Seksyen 163 Mengambil suapan, untuk menggunakan pengaruh peribadi dengan pekhidmat awam
51. Seksyen 164 Persubahatan oleh pekhidmat awam mengenai kesalahan di bawah seksyen 163
52. Seksyen 165 Pekhidmat awam memperoleh apa-apa benda berharga, tanpa balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dilakukan oleh pekhidmat awam itu
53. Seksyen 207 Tuntutan secara fraud bagi harta untuk mengelakkan penyitaannya sebagai pelucuthakan atau bagi melaksanakan sesuatu dekri
54. Seksyen 213 Mengambil hadiah, dsb., bagi melindungi pesalah daripada hukuman
55. Seksyen 214 Menawarkan hadiah atau pemulangan harta sebagai balasan kerana melindungi pesalah
56. Seksyen 215 Mengambil hadiah untuk menolong mendapatkan balik harta curi, dsb.
Kesalahan Perihalan*
57. Seksyen 216A Melindungi perompak atau kumpulan perompak, dsb.
58. Seksyen 217 Pekhidmat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman, atau harta daripada pelucuthakan
59. Seksyen 218 Pekhidmat awam membuat rekod atau tulisan yang tidak betul dengan niat untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman, atau harta daripada pelucuthakan
60. Seksyen 327 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan untuk memeras harta atau bagi memaksa sesuatu perbuatan yang menyalahi undang- undang
61. Seksyen 329 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeras harta, atau bagi memaksa sesuatu perbuatan yang menyalahi undang- undang
62. Seksyen 330 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
63. Seksyen 331 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan
64. Seksyen 347 Pengurungan salah bagi maksud memeras harta atau bagi memaksa sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang
65. Seksyen 348 Pengurungan salah bagi maksud memeras pengakuan bersalah atau memaksa supaya harta dipulangkan
66. Seksyen 363 Penculikan
67. Seksyen 364 Menculik atau melarikan untuk membunuh
68. Seksyen 365 Menculik atau melarikan dengan niat untuk mengurung seseorang secara rahsia dan dengan salah
Kesalahan Perihalan*
69. Seksyen 366 Menculik atau melarikan seseorang wanita bagi memaksanya berkahwin, dsb.
70. Seksyen 367 Menculik atau melarikan untuk menyebabkan seseorang cedera parah, menjadi abdi, dsb.
71. Seksyen 368 Menyembunyikan atau mengurung dengan salah seseorang yang diculik
72. Seksyen 369 Menculik atau melarikan kanak-kanak berumur di bawah umur sepuluh tahun dengan niat untuk mencuri harta alih dari tubuh kanak-kanak itu
73. Seksyen 370 Membeli atau memberikan mana-mana orang sebagai abdi
74. Seksyen 371 Berniaga abdi secara lazim
75. Seksyen 372 Menjual kanak-kanak bagi maksud pelacuran, dsb.
76. Seksyen 373 Membeli kanak-kanak bagi maksud pelacuran, dsb.
77. Seksyen 373A Mengimport bagi tujuan pelacuran
78. Seksyen 379 Pencurian
79. Seksyen 379A Pencurian kenderaan motor
80. Seksyen 380 Pencurian dalam rumah kediaman, dsb.
81. Seksyen 381 Pencurian oleh kerani atau pekhidmat harta milik majikannya
82. Seksyen 382 Pencurian setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera dengan tujuan melakukan pencurian itu
83. Seksyen 384 Pemerasan
84. Seksyen 385 Menyebabkan seseorang berasa takut akan kecederaan untuk melakukan pemerasan
Kesalahan Perihalan* 85. Seksyen 386 Pemerasan dengan menyebabkan seseorang berasa takut akan kematian atau kecederaan parah
86. Seksyen 387 Menyebabkan seseorang berasa takut akan kematian atau kecederaan parah untuk melakukan pemerasan
87. Seksyen 389 Menyebabkan seseorang berasa takut akan tuduhan kesalahan, untuk melakukan pemerasan
88. Seksyen 392 Perompakan
89. Seksyen 394 Dengan sengaja menyebabkan kecederaan dalam melakukan perompakan
90. Seksyen 395 Perompakan berkumpulan
91. Seksyen 396 Perompakan berkumpulan dengan pembunuhan
92. Seksyen 399 Membuat persiapan bagi melakukan perompakan berkumpulan
93. Seksyen 400 Menjadi anggota kumpulan perompak
94. Seksyen 402 Berhimpun bagi tujuan melakukan perompakan berkumpulan
95. Seksyen 403 Pelesapan curang harta
96. Seksyen 404 Pelesapan curang harta yang dimiliki oleh simati pada masa kematiannya
97. Seksyen 406 Pecah amanah jenayah
98. Seksyen 407 Pecah amanah jenayah oleh pembawa, dsb.
99. Seksyen 408 Pecah amanah jenayah oleh kerani atau pekhidmat
100. Seksyen 409 Pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam, atau oleh jurubank, saudagar atau ejen
101. Seksyen 411 Dengan curang menerima harta curi
102. Seksyen 412 Dengan curang menerima harta yang dicuri semasa melakukan perompakan berkumpulan
Kesalahan Perihalan* 103. Seksyen 413 Berniaga harta curi secara lazim
104. Seksyen 414 Menolong menyembunyikan harta curi
105. Seksyen 420 Menipu dan dengan curang mendorong penyerahan harta
106. Seksyen 421 Dengan curang atau fraud mengalihkan atau menyembunyikan harta untuk mengelakkan pembahagian antara pemiutang
107. Seksyen 422 Dengan curang atau fraud menghalang hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada pesalah daripada didapati oleh pemiutangnya
108. Seksyen 424 Dengan curang atau fraud mengalihkan atau menyembunyikan balasan
109. Seksyen 465 Pemalsuan
110. Seksyen 468 Pemalsuan bagi tujuan penipuan
111. Seksyen 489A Pemalsuan atau pemelancungan mata wang kertas atau nota bank
112. Seksyen 489C Pemilikan mata wang kertas atau nota bank palsu atau lancung
Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280]
113. Seksyen 7 Penubuhan pasaran saham
114. Seksyen 12 Lesen peniaga
115. Seksyen 15A Lesen pengurus kumpulan wang
116. Seksyen 84 Transaksi perdagangan palsu dan penipuan dalam pasaran
117. Seksyen 85 Manipulasi pasaran
118. Seksyen 87A Penggunaan peranti manipulasi dan memperdaya
119. Seksyen 89 E Perakuan yang dilarang ke atas orang yang mempunyai maklumat dalaman
*Nota - Perihalan ringkas kesalahan di dalam Jadual ini hanyalah untuk rujukan sahaja. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, CAWANGAN KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA