Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act;
“member” means a member of the Commission and includes the Chairman;
“business entity” means—
(a) in the case of the Registration of Businesses Act 1956 [Act 197], any sole proprietorship or partnership;
(b) in the case of the Companies Act 1965 [Act 125], a company, corporation or foreign company; and
(c) in the case of the Limited Liability Partnerships Act 2012 [Act 743], a limited liability partnership or a foreign limited liability partnership;
“document” has the meaning assigned to it in the Evidence Act 1950 [Act 56];
“rights” means all rights, powers, privileges and immunities, whether actual, contingent or prospective;
“property” includes all property, movable and immovable, and all estates, interests, easements or rights, whether equitable or legal in, to or out of property, choses-in-action, money and goodwill;
“committee” means any committee established by the Commission under section 19;
“Chief Executive Officer” means the Chief Executive Officer appointed under section 11;
“Fund” means the Fund established under section 28;
“liabilities” means liabilities, debts, charges, duties and obligations of every description whether present or future, actual or contingent, and whether payable or to be observed or performed in Malaysia or elsewhere;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for the registration of companies, trust companies, businesses and limited liability partnerships; NOTE— The Companies Act 1965 [Act 125] has been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777] w.e.f. 31 January 2017.
“Registrar” means the Registrar designated under subsection 20A(1);
“Registrar of Businesses” means the Registrar of Businesses under the Registration of Businesses Act 1956;
“Registrar of Companies” means the Registrar of Companies under the *Companies Act 1965;
“Chairman” means the Chairman appointed under section 6;
“corporation” has the meaning assigned to it in the *Companies Act 1965;
“limited liability partnership” has the meaning assigned to it in the Limited Liability Partnerships Act 2012;
“business” has the meaning assigned to it in the Registration of Businesses Act 1956;
“Commission” means the Companies Commission of Malaysia established under section 3;
“company” has the meaning assigned to it in the Companies Act 1965;
“vesting date” means the date on which property, rights and liabilities specified by the Minister in the order under subsection 4(1), to which the Government of Malaysia, the Registrar of Companies and the Registrar of Businesses were entitled or subject to, are transferred to and vested in the Commission;
“appointed date” means the date on which this Act comes into force;
“vested”, in relation to property, includes having rights to property which are future or contingent and rights in reversion and remainder.
NOTE— The Companies Act 1965 [Act 125] has been repealed by the Companies Act 2016 [Act 777] w.e.f. 31 January 2017.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota” ertinya anggota Suruhanjaya dan termasuklah Pengerusi;
“entiti perniagaan” ertinya—
(a) dalam hal Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], mana-mana pemilik tunggal atau perkongsian;
(b) dalam hal Akta Syarikat 1965 [Akta 125], syarikat, perbadanan atau syarikat asing; dan
(c) dalam hal Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743], perkongsian liabiliti terhad atau perkongsian liabiliti terhad asing;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;
“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala hak harta, kepentingan, isemen atau hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 19;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi sama ada pada masa kini atau pada masa CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendaftaran syarikat, syarikat amanah, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20 A(1);
“Pendaftar Perniagaan” ertinya Pendaftar Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956;
“Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6;
“perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta Syarikat 1965;
“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
“perniagaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta Syarikat 1965;
“tarikh letak hak” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1), yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat dan Pendaftar
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.
Perniagaan berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta pada masa hadapan atau yang kontingen dan hak perkembalian dan baki.