s 2 Interpretation
(1) In this Act, unless the context otherwise requires—
“psychiatrist” means a registered medical practitioner with qualifications, training and experience in the discipline of psychiatry recognized by the Director General;
“prescribed” means prescribed by the Minister by regulations made under this Act;
“psychiatric hospital” means a government psychiatric hospital or a private psychiatric hospital including a gazetted private psychiatric hospital;
“government psychiatric hospital” means any premises appointed to be a government psychiatric hospital under section 3;
“private psychiatric hospital” means any premises licensed as a private psychiatric hospital under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 [Act 586];
“gazetted private psychiatric hospital” means a private psychiatric hospital gazetted under section 4;
“approved psychiatric hospital” means a government psychiatric hospital designated by the Minister under section 22;
“mental disorder” means any mental illness, arrested or incomplete development of the mind, psychiatric disorder or any other disorder or disability of the mind however acquired; and “mentally disordered” shall be construed accordingly;
“Ministry” means the Ministry of Health, Malaysia;
“Director General” means the Director General of Health, Malaysia;
“Board” means the Board of Visitors appointed under section 38;
“Court” means the High Court, a Sessions Court or a Magistrate’s Court or a Syariah Court as the context may require, and includes a Judge whether sitting in Court or in Chambers;
“Minister” means the Minister charged with the responsibility for health;
“person in charge” means the person responsible for the management and control of a psychiatric hospital or psychiatric nursing home or community mental health centre, as the case may be, and the supervision of the medical staff, nursing staff, technical staff and ancillary staff employed in the hospital, home or centre;
“social welfare officer” means any social welfare officer in the Ministry of Health, Malaysia or in the Ministry or Department responsible for welfare services;
“medical officer” means a registered medical practitioner in the service of the Government of Malaysia;
“police officer” means any member of the Royal Malaysian Police;
“Visitor” means a member of the Board of Visitors appointed under section 38;
“licensee” means a person to whom a licence for a private psychiatric hospital or a private psychiatric nursing home or a private community mental health centre, as the case may be, is issued under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998;
“Registrar” means the Registrar of a High Court, and includes any Deputy Registrar or Senior Assistant Registrar of the High Court;
“registered medical practitioner” means a person who is registered as such under the Medical Act 1971 [Act 50] and who holds a valid practising certificate under the Act;
“Medical Director” means—
(a) the Medical Director of a psychiatric hospital appointed under subsection 5(1) or section 6, as the case may be, and includes a Deputy Medical Director appointed under the section; and
(b) the Head of Psychiatry appointed under subsection 5(2);
“guardian”, in relation to a minor, means the parent or parents of the minor, or a person lawfully appointed by will or by an order of a competent Court to be the guardian of the minor, or a person who has lawful custody of the minor;
“voluntary patient” means a person admitted to a psychiatric hospital under section 9;
“involuntary patient” means a person admitted into a psychiatric hospital under section 10, or detained in the hospital under subsection 9(5) or 14(1) or 14(3), or received into a psychiatric hospital by an order of Court under section 73;
“community mental health centre” means a government community mental health centre or a private community mental health centre, and includes a gazetted private community mental health centre;
“government community mental health centre” means any premises appointed to be a government community mental health centre under section 33;
“private community mental health centre” means any premises licensed as a private community mental health centre under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998;
“gazetted private community mental health centre” means a private community mental health centre gazetted under section 34;
“friend”, in relation to a mentally disordered person, means—
(a) a person, other than a relative, of or above eighteen years of age with whom the mentally disordered person ordinarily resides (or if the mentally disordered person is for the time being an inpatient in a psychiatric hospital, with whom he last ordinarily resided before he was admitted), and with whom he has or had been ordinarily residing for a period of not less than two years; or
(b) a body or an organization recognized by the Minister under subsection (4);
“psychiatric nursing home” means a government psychiatric nursing home or a private psychiatric nursing home, and includes a gazetted private psychiatric nursing home;
“government psychiatric nursing home” means any premises appointed to be a government psychiatric nursing home under section 27;
“private psychiatric nursing home” means any premises licensed as a private psychiatric nursing home under the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998;
“gazetted private psychiatric nursing home” means a private psychiatric nursing home gazetted under section 28;
“relative” means any of the following persons of or above eighteen years of age:
(a) husband or wife;
(b) son or daughter;
(c) father or mother;
(d) brother or sister;
(e) grandparent;
(f) grandchild;
(g) maternal or paternal uncle or aunt;
(h) nephew or niece.
(2) Nothing in the definition of “mental disorder” in subsection
(1) shall be construed as implying that a person may be dealt with under this Act as suffering from mental disorder by reason only of his promiscuity or other immoral conduct, sexual deviancy, consumption of alcohol or drug, or where he expresses or refuses or fails to express a particular political or religious opinion or belief, or of his antisocial personality.
(3) Subsection (2) does not prevent the serious physiological, biochemical or psychological effects, temporary or permanent, of drug or alcohol consumption from being regarded as an indication that a person is mentally ill.
(4) The Minister may recognize a body or an organization as a “friend” if the Minister is satisfied as to the character and fitness of the members of the board of directors or committee or other governing body of the body or organization.
*NOTE—This Act is not yet in force.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ahli psikiatri’ ertinya seseorang pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman dalam disiplin psikiatri yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hospital psikiatri” ertinya hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta termasuk hospital psikiatri swasta yang diwartakan;
“hospital psikiatri kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai hospital psikiatri kerajaan di bawah seksyen 3;
“hospital psikiatri swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai hospital psikiatri swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
“hospital psikiatri swasta yang diwartakan” ertinya hospital psikiatri swasta yang diwartakan di bawah seksyen 4;
“hospital psikiatri yang diluluskan” ertinya hospital psikiatri kerajaan yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 22;
“kecelaruan mental” ertinya apa-apa penyakit mental, atau perkembangan fikiran yang terbantut atau tidak sempurna, kecelaruan psikiatri atau apa-apa kecelaruan atau ketakdayaan fikiran lain tidak kira bagaimana sekalipun diperoleh; dan “bercelaru mental” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“Kementerian” ertinya Kementerian Kesihatan, Malaysia;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 38;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret atau Mahkamah Syariah mengikut kehendak
konteksnya, dan termasuk seseorang Hakim sama ada yang bersidang di Mahkamah atau di dalam Kamar;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“orang yang bertanggungjawab” ertinya orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan dan pengawalan sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan mental masyarakat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan penyeliaan kakitangan perubatan, kakitangan rawatan, kakitangan teknikal dan kakitangan sampingan yang diambil kerja di hospital rumah jagaan, atau pusat itu.
“pegawai kebajikan masyarakat” ertinya mana-mana pegawai kebajikan masyarakat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, atau dalam Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;
“pegawai perubatan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia;
“pegawai polis” ertinya mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia;
“Pelawat” ertinya anggota Lembaga Pelawat yang dilantik di bawah seksyen 38;
“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya suatu lesen bagi suatu hospital psikiatri swasta atau suatu rumah kejururawatan psikiatri swasta atau suatu pusat kesihatan mental masyarakat swasta, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dikeluarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi, dan termasuk mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]
dan memegang perakuan amalan yang sah di bawah Akta itu;
“Pengarah Perubatan” ertinya—
(a) Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) atau seksyen 6, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuk Timbalan Pengarah Perubatan yang dilantik di bawah seksyen itu; dan
(b) Ketua Psikiatri yang dilantik di bawah subseksyen 5(2);
“penjaga”, berhubung dengan orang yang belum dewasa, ertinya ibu atau bapa atau ibu bapa orang yang belum dewasa itu, atau orang yang dilantik dengan sah melalui wasiat atau dengan perintah suatu Mahkamah berwibawa sebagai penjaga kepada orang yang belum dewasa itu, atau seorang yang mempunyai jagaan sah kepada orang yang belum dewasa;
“pesakit sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 9;
“pesakit tidak sukarela” ertinya seseorang yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri di bawah seksyen 10, atau yang ditahan di hospital itu di bawah subseksyen 9(5) atau 14(1) atau 14(3), atau yang diterima masuk ke dalam hospital psikiatri melalui perintah Mahkamah di bawah seksyen 73;
“pusat kesihatan mental masyarakat” ertinya suatu pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan atau suatu pusat kesihatan mental masyarakat swasta, dan termasuk pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan;
“pusat kesihatan mental masyarakat kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai pusat kesihatan mental kerajaan di bawah seksyen 33;
“pusat kesihatan mental masyarakat swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai pusat kesihatan mental masyarakat
swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998;
“pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan” ertinya pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan di bawah seksyen 34;
“rakan”, berhubung dengan orang bercelaru mental, ertinya—
(a) seseorang, selain saudara, yang berumur lapan belas tahun atau lebih yang dengannya orang yang bercelaru mental pada lazimnya tinggal (atau jika orang bercelaru mental itu pada masa itu merupakan seorang pesakit yang dimasukkan ke dalam suatu hospital psikiatri, yang dengannya dia terakhir pada lazimnya tinggal sebelum dia dimasukkan), dan yang dengannya dia telah atau pernah pada lazimnya tinggal selama suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun; atau
(b) sesuatu badan atau organisasi yang diiktiraf oleh Menteri di bawah subseksyen (4);
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri” ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan atau rumah jagaan kejururawatan swasta, dan termasuk rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan;
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan” ertinya mana-mana premis yang ditetapkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan di bawah seksyen 27;
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta” ertinya mana-mana premis yang dilesenkan sebagai rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998;
“rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan” ertinya rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan di bawah seksyen 28;
“saudara” ertinya mana-mana orang yang berikut yang berumur 18 tahun atau lebih:
(a) suami atau isteri;
(b) anak lelaki atau perempuan;
(c) bapa atau ibu;
(d) adik beradik;
(e) datuk atau nenek;
(f) cucu;
(g) bapa atau ibu saudara sebelah bapa atau ibu;
(h) anak saudara.
(2) Tiada apa-apa jua dalam takrif “kecelaruan mental” dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai menyiratkan bahawa seseorang itu boleh diuruskan di bawah Akta ini sebagai mengidap kecelaruan mental hanya atas sebab kecabulannya atau kelakuan tidak bermoral yang lain, penyimpangan seksual, penggunaan arak atau dadah, atau jika dia menyatakan atau enggan atau gagal menyatakan pendapat atau kepercayaan politik atau agama yang tertentu, atau keperibadiannya yang antisosial.
(3) Subseksyen (2) tidak menghalang kesan fisiologi, biokemikal atau psikologi serius sementara atau kekal, akibat penggunaan dadah atau arak, daripada dianggap sebagi suatu tanda bahawa seseorang itu berpenyakit mental.
(4) Menteri boleh mengiktiraf sesuatu badan atau organisasi sebagai “rakan” jika Menteri berpuas hati tentang pewatakan dan kesesuaian anggota lembaga pengarah atau jawatankuasa atau badan pengelola lain badan atau organisasi itu.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).