My bookmarksSign up free
← Mental Health Act 2001

Mental Health Act 2001 s 31

Mental Health Act 2001 s 31

s 31 Admission of patient into government, private and gazetted private psychiatric nursing home

(1) Subject to subsections (2) and (3), a person who is suffering or convalescing from mental disorder may be admitted into a psychiatric nursing home as a voluntary patient— (a) upon his own request; (b) upon the request of a relative; or (c) upon the request of a Medical Director of a psychiatric hospital. (2) Notwithstanding subsection (1), no person shall be admitted into a psychiatric nursing home except under the direction of a medical officer or registered medical practitioner who is preferably a psychiatrist. (3) The patient referred to in subsection (1) shall not be admitted into the psychiatric nursing home except for the purpose of providing him with accommodation and nursing and rehabilitative care. (4) A patient admitted under this section or his relative may, on giving notice to the person in charge, request his discharge from the psychiatric nursing home and upon such request the patient shall not be kept in the psychiatric nursing home for more than twenty-four hours from the receipt by the person in charge of the notice. (5) A patient admitted to a psychiatric nursing home under this section shall be examined by a medical officer or registered medical practitioner regularly, and in any case at least once in every two weeks. (6) Where a medical officer or a registered medical practitioner is satisfied that— (a) the patient’s mental condition has deteriorated; and (b) it is necessary for the health or safety of the patient or for the protection of other persons that he receives further care and treatment, the medical officer or registered medical practitioner shall recommend that the patient be admitted to a psychiatric hospital either voluntarily or in accordance with section 10; and in the event that no relative of the person is available to make an application under section 10, the person in charge of the nursing home may make the application under paragraph 10(1)(a) as if the person in charge were a relative of the patient.

Malay text (authoritative)

Kemasukan pesakit ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri kerajaan, swasta dan swasta yang diwartakan

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), seseorang yang mengidap atau sedang pulih daripada kecelaruan mental boleh dimasukkan ke dalam suatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri sebagai pesakit sukarela— (a) atas permintaannya sendiri; (b) atas permintaan seorang saudara; atau (c) atas permintaan Pengarah Perubatan sesuatu hospital psikiatri. (2) Walau apa pun subseksyen (1) tiada seorang pun yang boleh dimasukkan ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri kecuali di bawah arahan pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar yang sebaik-baiknya seorang ahli psikiatri. (3) Pesakit yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dimasukkan ke dalam rumah jagaan kejururawatan psikiatri kecuali bagi tujuan memberikannya tempat penginapan dan jagaan kejururawatan dan pemulihan. (4) Seseorang pesakit yang dimasukkan di bawah seksyen ini atau saudaranya boleh, apabila notis diberikan kepada orang yang bertanggungjawab, meminta pelepasannya dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu dan atas permintaan sedemikian pesakit itu tidak boleh ditahan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri itu melebihi dua puluh empat jam dari tarikh orang yang bertanggungjawab itu menerima notis itu. (5) Seseorang pesakit yang dimasukkan ke dalam suatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri di bawah seksyen ini hendaklah diperiksa dengan tetap oleh seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, dan bagaimanapun jua pemeriksaan itu hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. (6) Apabila seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar berpuas hati bahawa— (a) keadaan mental pesakit itu telah merosot; dan (b) adalah perlu demi kesihatan atau keselamatan pesakit itu atau untuk perlindungan orang lain dia menerima jagaan dan rawatan lanjut, pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar itu hendaklah mengesyorkan supaya pesakit itu dimasukkan ke dalam hospital psikiatri sama ada secara sukarela atau menurut seksyen 10; dan sekiranya orang itu tiada saudara untuk membuat suatu permohonan di bawah seksyen 10, orang yang bertanggungjawab bagi rumah jagaan kejururawatan itu boleh membuat permohonan di bawah perenggan 10(1)(a) seolah-olah orang yang bertanggungjawab itu ialah saudara pesakit itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 615 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next