My bookmarksSign up free
← Mental Health Act 2001

Mental Health Act 2001 s 40

Mental Health Act 2001 s 40

s 40 Board to arrange roster for Visitors

(1) Subject to subsection (3) or (4), as the case may be, the Board, or if the Board so directs the Chairman, shall arrange a roster appointing three members of the Board to act in rotation for each month in the year; and references in this Act to “Visitors” shall be construed as references to Visitors appointed under this section to be the Visitors for the current month. (2) Subject to this section, where a member appointed for any month is unable to act for that month or any part thereof, the Chairman shall appoint another member in his place. (3) The Visitors for a psychiatric hospital shall at all times consist of a medical officer or a registered medical practitioner, preferably a psychiatrist, who does not work in that hospital and two other persons, and one of such Visitors shall be a female person. (4) The Visitors for a psychiatric nursing home shall at all times consist of a medical officer or a registered medical practitioner, preferably a psychiatrist, and a government staff nurse or registered staff nurse who does not work in that nursing home or have patients in that nursing home and one other person, and one of such Visitors shall be a female person. (5) Except where the decision of the Visitors to recommend the discharge of a person confined under section 344 or 348 of the Criminal Procedure Code or corresponding provisions of any other written law must be unanimous, the decision of the Visitors on any other matter before them may be unanimous or by a majority consisting of the concurring opinions of two Visitors.

Malay text (authoritative)

Lembaga hendaklah mengaturkan jadual bagi Pelawat

(1) Tertakluk kepada subseksyen (3) atau (4) mengikut mana-mana yang berkenaan, Lembaga, atau jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga itu Pengerusinya, hendaklah mengaturkan suatu jadual dengan melantik tiga orang anggota Lembaga untuk bertindak secara bergilir bagi setiap bulan dalam setahun; dan sebutan mengenai “Pelawat” dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Pelawat yang dilantik di bawah seksyen ini menjadi Pelawat bagi bulan semasa. (2) Tertakluk kepada seksyen ini, jika seseorang anggota yang dilantik bagi mana-mana bulan tidak dapat bertindak bagi bulan itu atau mana-mana bahagiannya, Pengerusi hendaklah melantik anggota lain untuk menggantikannya. (3) Pelawat bagi sesuatu hospital psikiatri hendaklah pada setiap masa terdiri daripada seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya seorang ahli psikiatri, yang tidak bekerja di hospital itu dan dua orang yang lain, dan salah seorang daripada Pelawat itu hendaklah merupakan seorang perempuan. (4) Pelawat bagi sesuatu rumah jagaan kejururawatan psikiatri hendaklah pada setiap masa terdiri daripada seorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya seorang ahli psikiatri, dan seorang jururawat terlatih kerajaan atau jururawat terlatih berdaftar yang tidak bekerja di rumah jagaan kejururawatan itu atau mempunyai pesakit di rumah jagaan kejururawatan itu dan seorang yang lain, dan seorang daripada Pelawat itu hendaklah merupakan seorang perempuan. (5) Kecuali jika keputusan Pelawat itu untuk mengesyorkan pelepasan orang yang dikurung di bawah seksyen 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain mestilah sebulat suara, keputusan Lembaga tentang apa-apa perkara lain di hadapan mereka bolehlah sebulat suara atau dengan majoriti yang terdiri daripada pendapat bersama dua orang Pelawat.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 615 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next