My bookmarksSign up free
← Mental Health Act 2001

Mental Health Act 2001 s 93

Mental Health Act 2001 s 93

s 93 Repeal and savings

(1) The Mental Disorders Ordinance 1952 [Ord. 31 of 1952], the Mental Health Ordinance (Sarawak) 1961 [Sarawak Ord. 16 of 1961] and the Lunatics Ordinance (Sabah) 1951 [Sabah Cap. 74] are repealed. (2) Notwithstanding the repeal of the Ordinances in subsection (1)— (a) any mental hospital established and maintained, or hospital approved, under the repealed Ordinances immediately before the commencement of this Act shall be deemed to have been established, approved or appointed as a government psychiatric hospital under section 3 of this Act; (b) any appointment, subsidiary legislation, warrant or certificate made or issued under the repealed Ordinances and in force immediately before the commencement of this Act shall continue to be in force and have effect as if it had been made or issued under this Act until superseded by an appointment, subsidiary legislation, warrant or certificate made or issued under this Act; (c) any such appointment, subsidiary legislation, warrant or certificate which is expressed to remain in force for a definite period shall not remain in force after the expiration of that period unless it is renewed in accordance with the provisions of this Act; and (d) any inquiry, trial or proceedings done, taken or commenced under the repealed Ordinances immediately before the commencement of this Act may be continued or concluded under and in accordance with the provisions of this Act.

Malay text (authoritative)

Pemansuhan dan kecualian

(1) Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord. 31/1952], Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [Ord. Sarawak 16/1961] dan Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [Bab 74 Sabah] dimansuhkan. (2) Walaupun Ordinan dalam subseksyen (1) dimansuhkan— (a) mana-mana hospital mental yang ditubuhkan dan disenggarakan, atau hospital yang diluluskan, di bawah Ordinan yang dimansuhkan, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dianggap telah ditubuhkan, diluluskan atau ditetapkan sebagai hospital psikiatri kerajaan di bawah seksyen 3 Akta ini; (b) apa-apa pelantikan, perundangan subsidiari, waran atau perakuan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olahnya telah dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini sehinggalah digantikan oleh suatu pelantikan, perundangan subsidiari, waran atau perakuan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ini; (c) mana-mana pelantikan, perundangan subsidiari, waran atau perakuan yang dinyatakan berkuat kuasa untuk suatu tempoh yang tertentu tidak boleh terus berkuat kuasa selepas tamat tempoh itu melainkan jika diperbaharui mengikut peruntukan Akta ini; dan (d) apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini boleh diteruskan atau diselesaikan di bawah dan menurut peruntukan Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part XII →

Find Act 615 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next