My bookmarksSign up free
← Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 17

Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 17

s 17 Functions of the Corporation

The functions of the Corporation shall be— (a) to ensure that the provisions of this Act and the Intellectual Property Legislation are administered, enforced, given effect to, carried out and complied with; (b) to act as agent of the Government and to provide services in administering, collecting and enforcing payment of prescribed fees or any other charges under the Intellectual Property Legislation; (c) to regulate and supervise issues or matters relating to intellectual property in relation to the Intellectual Property Legislation; (d) to advise on the review and updating of the Intellectual Property Legislation; (e) to encourage and promote the training and the diffusion of knowledge and information on intellectual property; (f) to hold, encourage and provide co-operation programme at national or international level on intellectual property issues or matters; (g) to safeguard the interest of Malaysia in respect of any agreement or international convention to which Malaysia is a party, and shall to the extent necessary give effect to any provision of such agreement or convention; (h) to advise the Government on developments at international level on issues or matters relating to intellectual property; (i) to carry out research and to commission studies on issues or matters relating to intellectual property; (j) to advise the Minister generally on issues or matters relating to intellectual property; and (k) to carry out such activities and do such things as are necessary or advantageous and proper for the administration of the Corporation, or for such other purposes, consistent with this Act, as may be directed by the Minister.

Malay text (authoritative)

Fungsi Perbadanan

Fungsi Perbadanan adalah— (a) untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan Perundangan Harta Intelek ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi; (b) untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan bagi mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah Perundangan Harta Intelek; (c) untuk mengawal selia dan mengawasi isu atau perkara berhubung dengan harta intelek yang berhubungan dengan Perundangan Harta Intelek; (d) untuk menasihati tentang kajian semula dan mengemaskinikan Perundangan Harta Intelek; (e) untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan dan penyebaran pengetahuan dan maklumat mengenai harta intelek; (f) untuk mengadakan, menggalakkan dan menyediakan program kerjasama di peringkat kebangsaan atau antarabangsa mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek; (g) untuk memelihara kepentingan Malaysia berkenaan dengan mana-mana perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi pihak kepadanya, dan hendaklah setakat yang perlu memberikan kuat kuasa kepada mana-mana peruntukan perjanjian atau konvensyen itu; (h) untuk menasihati Kerajaan mengenai pembangunan di peringkat antarabangsa mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek; (i) untuk menjalankan penyelidikan dan untuk mengkomisikan kajian mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek; (j) untuk menasihati Menteri secara am mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek; dan (k) untuk menjalankan apa-apa kegiatan dan melakukan apaapa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Perbadanan, atau bagi apa-apa maksud lain, yang selaras dengan Akta ini, yang diarahkan oleh Menteri.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 617 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next