Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 19
Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 19
s 19 The Corporation may establish committees
(1) The Corporation may establish such committees as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions and the exercise of its powers under this Act.
(2) Members of a committee established under subsection (1) may be appointed from amongst members of the Corporation or such other persons as the Corporation thinks fit.
(3) The Corporation may revoke the appointment of any member of a committee without assigning any reason for the revocation.
(4) A member of a committee may resign by giving notice in writing to the Chairman.
(5) A committee established under this section may elect any of its members to be chairman and may regulate its own procedure, and in the exercise of its powers such committee shall be subject to and act in accordance with any direction given to the committee by the Corporation.
(6) The members of a committee or any person invited to attend any meeting of a committee may be paid such allowances and other expenses as the Corporation may determine.
(7) Meetings of a committee shall be held at such times and places as the chairman of the committee may, subject to subsection
(5), determine.
Malay text (authoritative)
Perbadanan boleh menubuhkan jawatankuasa
(1) Perbadanan boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk membantunya melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
(2) Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Perbadanan atau mana-mana orang lain yang didapati patut oleh Perbadanan.
(3) Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(4) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi.
(5) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh melantik mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Perbadanan.
(6) Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Perbadanan.
(7) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (5).
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).