s 2 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act;
“prescribed”, where no manner of prescribing is provided, means prescribed from time to time by rules, regulations or orders published in the Gazette;
“rights” means all rights, powers, privileges and immunities, whether actual, contingent or prospective;
“committee” means any committee established under section 19;
“Director General” means the Director General of the Corporation appointed under section 11;
“Fund” means the Fund established under section 29;
“liabilities” means liabilities, debts, charges, duties and obligations of every description whether present or future, actual or contingent, and whether payable or to be observed or performed in Malaysia or elsewhere;
“Minister” means the Minister for the time being responsible for intellectual property;
“Registrar” means the Registrar of Trade Marks, the Registrar of Patents, the Registrar of Industrial Designs and the Registrar of Geographical Indications under the relevant Intellectual Property Legislation;
“Controller” means the Controller of Copyright appointed under subsection 5(1) of the Copyright Act 1987 [Act 332];
“Chairman” means the Chairman appointed under section 6;
“Corporation” means the Intellectual Property Corporation of Malaysia established under section 3;
“Intellectual Property Legislation” means the legislation specified in the First Schedule;
“record” includes record stored or recorded by means of a computer;
“vesting date” means the date on which properties, rights and liabilities specified by the Minister in the order under subsection 4(1) to which the Government of Malaysia, the Registrar or Controller under the relevant Intellectual Property Legislations, was entitled or subject to, are transferred to and vested in the Corporation;
“appointed date” means the date on which this Act comes into operation;
“vested”, in relation to property, includes having rights to property which are future or contingent and rights in reversion or remainder.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“ditetapkan”, jika tiada cara penetapan diperuntukkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui kaedah-kaedah, peraturanperaturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta;
“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 11;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;
“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, gadaian, kewajipan dan obligasi sama ada masa kini atau pada masa hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi harta intelek;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Cap Dagangan, Pendaftar Paten, Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian dan Pendaftar Petunjuk Geografi di bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan;
“Pengawal” ertinya Pengawal Hakcipta yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta Hakcipta 1987 [Akta 332];
“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Perundangan Harta Intelek” ertinya perundangan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“rekod” termasuk rekod yang disimpan atau direkodkan dengan menggunakan komputer;
“tarikh letak hak” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1) yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal di bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan, berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;
“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian atau baki.