Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 22
Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 22
s 22 Salaries, terms and conditions of service of Government employees to be taken into account
(1) The terms and conditions to be drawn up by the Corporation shall take into account the salaries and terms and conditions of service, including any accrued rights to leave, enjoyed by the persons while in the employment of the Government before opting into the service of the Corporation; and any such term and condition relating to the length of service with the Corporation shall provide for the recognition of service with the Government by the persons making the option as service with the Corporation.
(2) Where any person in the service of the Corporation whose case does not fall within the scope of any pension or other schemes established under this section retires or dies whilst in the service of the Corporation or is discharged from such service, the Corporation may grant to him or to such other person or persons wholly or partly dependent on him, as the Corporation thinks fit, such allowance or gratuity as the Corporation may determine.
Malay text (authoritative)
Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira
(1) Terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan hendaklah mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah apa-apa hak terakru untuk mendapat cuti, yang dinikmati oleh
orang itu ketika berada dalam penggajian Kerajaan sebelum memilih untuk memasuki perkhidmatan Perbadanan; dan apa-apa terma dan syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan dengan Perbadanan hendaklah membuat peruntukan bagi mengiktiraf perkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat pilihan itu sebagai perkhidmatan dengan Perbadanan.
(2) Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).