Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 s 29
s 29 The Fund
(1) A Fund to be known as the “Intellectual Property Fund” to be administered and controlled by the Corporation is established.
(2) The Fund shall consist of—
(a) all moneys received by the Corporation for services rendered by the Corporation to the Government as its agent or for services rendered by the Corporation to any person;
(b) all moneys received by the Corporation by way of grants;
(c) all moneys derived from the disposal, lease or hire of, or any other dealings with, any property vested in or acquired by the Corporation;
(d) all moneys derived as income from investments by the Corporation;
(e) all moneys borrowed by the Corporation under this Act; and
(f) all other moneys lawfully received by the Corporation.
Malay text (authoritative)
Kumpulan Wang
(1) Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Harta Intelek” yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan ditubuhkan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) segala wang yang diterima oleh Perbadanan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepada Kerajaan sebagai ejennya atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepada mana-mana orang;
(b) segala wang yang diterima oleh Perbadanan melalui pemberian;
(c) segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apaapa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Perbadanan;
(d) segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Perbadanan;
(e) segala wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah Akta ini; dan
(f) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Perbadanan.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 617 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).