Film Censorship Act 2002 s 16
s 16 Duplication of film
(1) Where a person intends to duplicate the whole or any part of a film which has been certified under section 14, he shall submit a statutory declaration to the Board statingβ
(a) his intention to make duplicate copies;
(b) the precise number of duplicate copies he intends to make; and
(c) that the duplicate copies are made from the original film approved and certified by the Board under sections 10 and 14 respectively.
(2) No person shall make a duplicate copy of the whole or any part of a film that has not been approved and certified by the Board under sections 10 and 14 respectively.
(3) Any person who contravenes subsection (2) commits an offence and shall be liable on conviction to a fine of not less than five thousand ringgit and not more than thirty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Pembuatan pendua filem
(1) Jika seseorang bercadang untuk membuat pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu filem yang telah diperakui di bawah seksyen 14, dia hendaklah mengemukakan suatu akuan berkanun kepada Lembaga dengan menyatakanβ
(a) cadangannya untuk membuat salinan pendua;
(b) bilangan sebenar salinan pendua yang dia bercadang untuk membuatnya; dan
(c) bahawa salinan pendua itu dibuat daripada filem asal yang diluluskan dan diperakui oleh Lembaga, masingmasing di bawah seksyen 10 dan 14.
(2) Tiada seorang pun boleh membuat salinan pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu filem yang belum diluluskan dan diperakui oleh Lembaga, masing-masing di bawah seksyen 10 dan 14.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act β Β· Open Part III β
Find Act 620 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).