s 47 Presumption
For the purpose of all proceedings under this Act or any regulations made under this Act—
(a) a person shall, until the contrary is proved, be deemed to be the occupier of any premises, or the owner of any vehicle, vessel or conveyance if he has, or appears to have, the care or management of such premises, vehicle, vessel or conveyance;
(b) if any film or film-publicity material that has not been approved by the Board or in respect of which an offence under this Act or any regulations made under this Act has been committed is found in any premises, vehicle, vessel or conveyance, it shall be presumed, until the contrary is proved, that the film or film-publicity material is there with the knowledge of the occupier of the premises, or the owner of the vehicle, vessel or conveyance;
(c) if any film which has not been approved by the Board is found in any premises, vehicle, vessel or conveyance, the name and address of the person found in or on any part of the film or its cover shall be presumed, until the contrary is proved, to be the name and address of the owner of the film who intends to exhibit, distribute, display, circulate, hire or sell the film.
Malay text (authoritative)
Anggapan
Bagi maksud segala prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini—
(a) seseorang hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai penghuni mana-mana premis, atau pemunya mana-mana kenderaan, vesel atau alat pengangkutan jika dia mempunyai, atau tampaknya mempunyai, penjagaan atau pengurusan premis, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu;
(b) jika apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga atau yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dijumpai di dalam mana-mana premis, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan, maka hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa filem atau bahan publisiti filem itu berada di situ dengan pengetahuan penghuni premis, atau pemunya kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu;
(c) jika apa-apa filem yang belum diluluskan oleh Lembaga dijumpai di dalam mana-mana premis, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan, nama dan alamat orang yang dijumpai dalam atau pada mana-mana bahagian filem atau penutupnya hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai nama dan alamat pemunya filem itu yang bercadang untuk menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, menyebarkan, menyewakan atau menjual filem itu.