Permintaan hendaklah dibuat kepada Peguam Negara
(1) Sesuatu permintaan oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan kepada Malaysia bagi bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat kepada Peguam Negara.
(2) Sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui saluran diplomatik.
(3) Tiap-tiap permintaan hendaklah-
(a) menyatakan maksud permintaan itu dan jenis bantuan yang diminta;
(b) mengenal pasti orang atau pihak berkuasa yang memulakan permintaan itu; dan
(c) disertakan dengan-
(i) suatu perakuan daripada pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu bahawa permintaan itu dibuat berkenaan dengan suatu perkara jenayah mengikut pengertian Akta ini;
(ii) suatu perihalan jenis perkara jenayah itu dan suatu pernyataan yang menyatakan ringkasan fakta dan undang-undang yang berkaitan;
(iii) jika permintaan itu berhubungan denganβ
(A) lokasi seseorang yang disyaki terlibat dalam atau telah mendapat manfaat daripada pelakuan sesuatu kesalahan berat asing; atau
(B) pengesanan harta yang disyaki berkaitan dengan sesuatu kesalahan berat asing, nama, identiti, kerakyatan, lokasi atau perihalan orang itu, atau lokasi dan perihalan mengenai harta itu, jika diketahui, dan suatu pernyataan yang menyatakan asas untuk mengesyaki perkara yang disebut dalam subsubperenggan (A) atau (B);
(iv) suatu perihalan kesalahan yang dengannya perkara jenayah itu berkaitan, termasuklah penalti maksimumnya;
(v) butir-butir mengenai tatacara yang Negara asing yang ditetapkan itu mahu supaya diikuti oleh Malaysia dalam melaksanakan permintaan itu, termasuklah butir-butir mengenai cara dan bentuk apa-apa maklumat atau benda perlu dibekalkan kepada Negara asing yang ditetapkan itu menurut permintaan itu;
(vi) jika permintaan itu ialah bagi bantuan berhubung dengan suatu perkara jenayah sampingan dan prosiding kehakiman untuk memperoleh suatu perintah pelucuthakan asing belum dimulakan di Negara asing yang ditetapkan itu, suatu pernyataan yang menunjukkan bila prosiding kehakiman itu dijangkakan akan dimulakan;
(vii) suatu pernyataan yang menyatakan kehendak Negara asing yang ditetapkan itu berkenaan dengan kerahsiaan permintaan itu dan sebab bagi kehendak itu;
(viii) butir-butir mengenai tempoh yang dalamnya Negara asing yang ditetapkan itu mahu supaya permintaan itu ditunaikan;
(ix) jika permintaan itu melibatkan kedatangan seseorang dari Malaysia ke Negara asing yang ditetapkan itu, butir-butir mengenai elaun yang berhak didapati oleh orang itu, dan mengenai perkiraan bagi keselamatan dan penginapan orang itu semasa orang itu berada di Negara asing yang ditetapkan itu menurut permintaan itu;
(x) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki supaya disertakan bersama permintaan itu di bawah apaapa triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu, jika ada; dan
(xi) apa-apa maklumat lain yang boleh membantu dalam melaksanakan permintaan itu atau yang dikehendaki di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4) Kegagalan untuk mematuhi subseksyen (3) tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan memberikan bantuan.
Keengganan memberikan bantuan liteapk ar bagi banerai di a valch sesgian ini fearl kandivoank jika, pada pendapat Peguam Negara-
(a) pieakpkerkua se yan b oberkan d Nan pra asina it, gagal mematuhi terma mana-mana triti atau perjanjian iain antara Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu;
(b) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang bagΔ± suatu kesalahan yang merupakan, atau yang oleh sebab hal keadaan yang dalamnya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan atau telah dilakukan, suatu kesalahan yang bersifat politik;
(c) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang berkenaan dengan sesuatu perbuatan atau peninggalan yang, jika perbuatan atau peninggalan itu telah berlaku di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan tentera di bawah undang-undang Malaysia yang bukan suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah bΔ±asa MalaysΔ±a;
(d) terdapat alasan substansial untuk mempercayai bahawa permintaan itu telah dibuat bagi maksud untuk menyiasat, mendakwa, menghukum atau selainnya menyebabkan kemudaratan kepada seseorang kerana ras, agama, jantina, keturunan etnik, kerakyatan atau pendapat politik orang itu;
(e) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang bagi suatu kesalahan dalam hal apabila orang itu-
(i) telah disabitkan, dibebaskan atau diberi pengampunan oleh suatu mahkamah yang berwibawa atau pihak berkuasa lain Negara asing yang ditetapkan itu;
(ii) telah menjalani hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang Negara asing yang ditetapkan itu, berkenaan dengan kesalahan itu atau kesalahan lain yang terdiri daripada perbuatan atau peninggalan yang sama sebagaimana kesalahan yang mula-mula disebut itu;
(f) permintaan itu berkaitan dengan penyiasatan, pendakwaan atau penghukuman seseorang berkenaan dengan suatu perbuatan atau peninggalan yang, jika perbuatan atau peninggalan itu telah berlaku di Malaysia, tidak akan menjadi suatu kesalahan terhadap undang-undang Malaysia;
(g) fakta yang menjadi kesalahan yang dengannya permintaan itu berkaitan tidak menunjukkan suatu kesalahan yang cukup berat;
(h) benda yang diminta itu tidak begitu penting kepada penyiasatan atau boleh dengan munasabahnya didapati dengan cara lain;
(i) pemberian bantuan itu akan menjejaskan kedaulatan, keselamatan, ketenteraman awam atau kepentingan awam yang perlu yang lain di Malaysia;
(j) pihak berkuasa yang berkenaan gagal untuk mengaku janji bahawa benda yang diminta itu tidak akan digunakan bagi sesuatu perkara selain perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat;
(k) dalam hal sesuatu permintaan bagi bantuan di bawah seksyen 22, 23, 24, 25 dan 26 atau seksyen 35, 36, 37 dan 38, pihak berkuasa yang berkenaan gagal untuk mengaku janji untuk memulangkan kepada Peguam Negara, atas permintaannya, apa-apa benda yang diperoleh menurut permintaan itu apabila selesai perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat;
(L) pemberian bantuan itu boleh memudaratkan suatu perkara jenayah dΔ± MalaysΔ±a; atau
(m) pemberian bantuan itu akan memerlukan langkah diambil yang bertentangan dengan mana-mana undang-undang bertulis.
(2) Perenggan (1)(j) tidaklah terpakai jika kegagalan untuk mengaku janji bahawa benda yang diminta tidak akan digunakan untuk suatu perkara selain perkara jenayah yang berkenaan dengannya permintaan itu dibuat adalah dengan persetujuan Peguam Negara.
(3) Sesuatu permintaan oleh sesuatu Negara asing yang ditetapkan bagi bantuan di bawah Bahagian ini boleh ditolak oleh Peguam Negara-
(a) menurut terma mana-mana triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan Negara asing yang ditetapkan itu;
(b) jika, pada pendapat Peguam Negara, pemberian bantuan itu akan, atau berkemungkinan akan, menjejaskan keselamatan mana-mana orang, sama ada orang itu berada di dalam atau di luar Malaysia;
(c) jika, pada pendapat Peguam Negara, pemberian bantuan itu akan mengenakan suatu beban yang berlebih-lebihan ke atas sumber-sumber Malaysia; atau
(d) jika Negara asing itu bukanlah suatu Negara asing yang ditetapkan dan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing itu gagal memberikan suatu aku janji kepada Peguam Negara bahawa Negara asing itu akan, tertakluk kepada undang-undangnya, mematuhi suatu permintaan pada masa hadapan oleh Malaysia kepada Negara asing itu bagi bantuan dalam suatu perkara jenayah.
(4) Ianpa menjejaskan perenggan (3)(c), JΔ±ka terdapat suatu permΔ±ntaan bagΔ± bantuan oleh suatu Negara asing yang ditetapkan dan Peguam Negara berpendapat bahawa perbelanjaan yang terlibat dalam mematuhi permintaan itu atau meneruskan pemberian bantuan yang diminta itu luar biasa atau besar sitatnya, Peguam Negara hendaklah berunding dengan pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan itu tentang syarat yang di bawahnya permintaan itu akan dilaksanakan atau yang di bawahnya Peguam Negara hendaklah terhenti melaksanakannya, mengikut mana-mana yang berkenaan. Kecualian bagi kesalahan politik