My bookmarksSign up free
← Islamic Financial Services Board Act 2002

Islamic Financial Services Board Act 2002 s 10

Islamic Financial Services Board Act 2002 s 10

s 10 Power to appoint attorney

The Council may, by instrument under the common seal of the Board, appoint any person whether in Malaysia or in a place outside Malaysia to be the attorney of the Board, and the person so appointed may, subject to such instrument, do any act or execute any power or function which he is authorized by the instrument to do or execute.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk melantik wakil

Majlis boleh, melalui surat cara yang dimeterai dengan meterai perbadanan Lembaga, melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau di suatu tempat di luar Malaysia sebagai wakil Lembaga, dan orang yang dilantik itu boleh, tertakluk kepada surat cara yang berkenaan, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa melalui surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakannya. J ADUAL [Seksyen 7] KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN LEMBAGA, ORGAN-ORGAN KONSTITUENNYA DAN ORANG YANG BERKAITAN Bahagian I—Keistimewaan dan kekebalan Lembaga 1. Kekebalan Lembaga, dan kekebalan harta dan aset Lembaga, atau harta dan aset dalam jagaan atau yang ditadbirkan oleh Lembaga, daripada guaman dan daripada proses lain undang-undang. 2. Ketidakbolehcabulan harta dan aset Lembaga, atau harta dan aset dalam jagaan atau yang ditadbirkan oleh Lembaga, dan premis Lembaga atau premis yang dihuni oleh Lembaga. 3. Ketidakbolehcabulan arkib. 4. Tertakluk kepada seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran 1953 [Akta 17], pengecualian daripada sekatan mata wang dan pertukaran. 5. Tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Menteri bagi melindungi hasil, pengecualian daripada semua duti dan cukai atas— (a) barang-barang yang diimport atau dieksport oleh Lembaga bagi kegunaan rasminya; (b) barang-barang buatan tempatan yang diperoleh oleh Lembaga bagi kegunaan rasminya; dan (c) penerbitan-penerbitan rasmi Lembaga yang diimport atau dieksport olehnya. 6. Pengecualian daripada cukai pendapatan dan cukai-cukai pendapatan tambahan atas pendapatan Lembaga atau cukai keuntungan harta tanah atas keuntungan daripada pelupusan harta Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, setakat yang diperoleh daripada atau diurusniagakan dalam ruang lingkup aktiviti-aktiviti rasminya. 7. Pengecualian daripada duti-duti setem yang lazimnya kena dibayar oleh Lembaga. 8. Pengecualian daripada larangan dan sekatan terhadap pengimportan atau pengeksportan— (a) barang-barang yang diimport atau dieksport oleh Lembaga bagi kegunaan rasminya; dan (b) penerbitan-penerbitan Lembaga yang diimport atau dieksport olehnya. 9. Ketiadaan penapisan bagi surat-menyurat rasmi dan komunikasi-komunikasi rasmi yang lain. 10. Hak untuk menggunakan kod dan menghantar dan menerima surat-surat dan menghantar dan menerima kertas kertas dan dokumen-dokumen lain melalui kurir atau dalam beg-beg bermeterai dan mendapatkan mana-mana kurir atau beg sedemikian dikira sebagai kurir diplomatik atau beg diplomatik, mengikut mana-mana yang berkenaan. Bahagian II—Keistimewaan dan kekebalan anggota Perhimpunan Agung, Majlis, atau mana-mana orang yang mewakili sesuatu Anggota 1. Kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri. 2. Kekebalan daripada guaman dan daripada proses lain undang-undang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil sedemikian. 3. Ketidakbolehcabulan kertas-kertas dan dokumen-dokumen. 4. Hak untuk menggunakan kod dan menghantar dan menerima surat-surat dan menghantar dan menerima kertas-kertas dan dokumen-dokumen lain melalui kurir atau dalam beg-beg bermeterai. 5. Pengecualian (termasuk pengecualian bagi suami atau isteri wakil) daripada pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, pendaftaran orang asing dan obligasi melaksanakan perkhidmatan negara. 6. Pengecualian daripada sekatan-sekatan mata wang atau pertukaran setakat yang diberikan kepada wakil sesuatu kerajaan asing yang melaksanakan misi sementara bagi pihak kerajaan itu. Bahagian III—Keistimewaan dan kekebalan Setiausaha Agung dan anggota Sekretariat 1. Kekebalan daripada guaman dan daripada proses lain undang-undang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian. 2. Pengecualian daripada cukai pendapatan atas gaji dan emolumen rasmi yang diterima daripada Lembaga. 3. Pengecualian (termasuklah pengecualian suami atau isteri dan anak-anak yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun) daripada pemakaian undang-undang yang berhubungan dengan imigresen dan pendaftaran orang asing. 4. Pengecualian daripada obligasi melaksanakan perkhidmatan negara. 5. Pengecualian daripada sekatan mata wang atau pertukaran setakat yang diberikan kepada pegawai yang sebanding pangkatnya yang menganggotai sesuatu misi diplomatik. 6. Kemudahan-kemudahan repatriasi termasuk kemudahan-kemudahan repatriasi bagi suami atau isteri dan mana-mana saudara tanggungan) semasa berlaku krisis antarabangsa. 7. Hak untuk mengimport perabot dan barang-barang peribadi, termasuk satu kenderaan motor, tanpa dikenakan duti dan cukai semasa mula-mula menjawat sesuatu jawatan di Malaysia dan untuk mengeksport perabot dan barangbarang peribadi tanpa dikenakan duti dan cukai semasa meninggalkan Malaysia apabila tamat fungsi-fungsinya. Bahagian IV—Keistimewaan dan kekebalan orang yang berkhidmat dalam Jawatankuasa Teknikal 1. Kekebalan daripada penangkapan atau penahanan diri. 2. Kekebalan daripada guaman atau proses lain undang-undang berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan semasa berkhidmat dalam jawatankuasa. 3. Ketidakbolehcabulan kertas-kertas dan dokumen-dokumen. 4. Hak, bagi maksud berkomunikasi dengan Lembaga, untuk menggunakan kod dan untuk menghantar dan menerima surat-surat dan menghantar dan menerima kertas-kertas dan dokumen-dokumen lain melalui kurir atau dalam beg-beg bermeterai. 5. Pengecualian daripada sekatan-sekatan mata wang atau pertukaran setakat yang diberikan kepada wakil sesuatu kerajaan asing yang melaksanakan misi sementara bagi pihak kerajaan itu. UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Read this section in the full act →

Find Act 623 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next