My bookmarksSign up free
← Islamic Financial Services Board Act 2002

Islamic Financial Services Board Act 2002 s 7

Islamic Financial Services Board Act 2002 s 7

s 7 Power of the Minister to confer privileges and immunities

(1) The Minister may by regulations, either with or without restrictions or to the extent or subject to the conditions prescribed in such regulations, confer upon the Board, the members of its constituent organs or any persons attending any international conference organized by the Board all or any privileges or immunities listed in the Schedule. (2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the Minister may by regulations— (a) confer upon the Board all or any of the privileges or immunities specified in Part I of the Schedule; (b) confer upon a person who is, or has ceased to be, a member of the General Assembly or the Council or a person accredited to, or is in attendance at, or has attended, an international conference convened by the Board as a representative of a Member all or any of the privileges or immunities specified in Part II of the Schedule; (c) confer upon a person who is, or was, or is performing, or has performed, the duties of, a Secretary General or any member of the Secretariat all or any of the privileges or immunities specified in Part III of the Schedule; and (d) confer upon a person who is, or was, or is performing, or has performed, the duties of, a member of a Technical Committee all or any of the privileges or immunities specified in Part IV of the Schedule. (3) Notwithstanding the provisions of subsection (2), regulations conferring any privileges or immunities shall be made upon consultation with the Minister charged with the responsibilities for foreign affairs except regulations conferring any privileges or immunities with respect to matters for which the Minister is for the time being responsible. (4) The Minister may make regulations as he deems appropriate for the purpose of this section which may be of general application or may relate to— (a) particular Members or classes of Members; (b) particular members or classes of members of its constituent organs; or (c) particular persons or classes of persons. (5) Where by the regulations any privileges or immunities are conferred upon a person under paragraph (2)(b), that person is entitled to the same privileges and immunities while travelling to a place for the purpose of presenting his credentials or of attending the conference or while returning from a place after ceasing to be so accredited or after attending the conference. (6) Where by the regulations any privileges or immunities are conferred upon a person under paragraph (2)(d), that person is entitled to the same privileges and immunities while travelling to a place for the purpose of serving on such committee or while returning from a place after serving on the committee. (7) Subject to subsection (8), where, by the regulations or by subsection (5), any privileges or immunities are conferred upon a person who is, or has been, a member of the General Assembly or the Council, or a person accredited to, or in attendance at, an international conference convened by the Board as a representative of a Member, a person who is, or has been during any period, a member of the official staff of the first-mentioned person is entitled, in respect of that period, to the same privileges and immunities as the first-mentioned person. (8) A person who is or has been a representative of a Member or a member of the official staff of such a representative during the period when he is or was a Malaysian citizen is not entitled under this section or the regulations to any privileges or immunities, except in respect of acts and things done in his capacity as such a representative or member, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Kuasa Menteri untuk memberikan keistimewaan dan kekebalan

(1) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, sama ada dengan atau tanpa sekatan atau setakat atau tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu, memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang disenaraikan dalam Jadual kepada Lembaga, anggota-anggota organ-organ konstituennya atau mana-mana orang yang menghadiri apa-apa persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Lembaga. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan— (a) memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual kepada Lembaga; (b) memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual kepada seseorang yang menjadi, atau tidak lagi menjadi, anggota Perhimpunan Agung atau Majlis, atau seseorang yang ditauliahkan kepada, atau yang sedang menghadiri, atau telah menghadiri, sesuatu persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Lembaga sebagai wakil sesuatu Anggota; (c) memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian III Jadual kepada orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau sedang melaksanakan atau telah melaksanakan tugas-tugas, seorang Setiausaha Agung atau mana-mana anggota Sekretariat; dan (d) memberikan kesemua atau mana-mana keistimewaan atau kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual kepada orang yang menjadi atau pernah menjadi, atau sedang melaksanakan atau telah melaksanakan tugas, seorang anggota Jawatankuasa Teknikal. (3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), peraturan-peraturan yang memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalankekebalan hendaklah dibuat selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri kecuali peraturan-peraturan yang memberikan keistimewaankeistimewaan dan kekebalan-kekebalan mengenai perkara-perkara yang pada masa ini menjadi tanggungjawab Menteri. (4) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkan sesuai olehnya bagi maksud seksyen ini, yang pemakaiannya bersifat umum atau yang berhubungan dengan— (a) anggota-anggota atau golongan-golongan Anggota yang tertentu; (b) anggota-anggota atau golongan-golongan anggota tertentu organ-organ konstituennya; atau (c) orang atau golongan-golongan orang yang tertentu. (5) Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang di bawah perenggan (2)(b), orang itu berhak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud mengemukakan tauliahnya atau menghadiri persidangan itu atau semasa dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas dia tidak lagi ditauliahkan sedemikian atau selepas menghadiri persidangan itu. (6) Jika, melalui peraturan-peraturan, apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang di bawah perenggan (2)(d), orang itu berhak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang sama semasa dalam perjalanan ke sesuatu tempat bagi maksud berkhidmat dalam jawatankuasa itu atau semasa ,dalam perjalanan pulang dari sesuatu tempat selepas berkhidmat dalam jawatankuasa itu. (7) Tertakluk kepada subseksyen (8), jika, melalui peraturanperaturan atau melalui subseksyen (5), apa-apa keistimewaan atau kekebalan diberikan kepada seseorang yang menjadi, atau yang pernah menjadi, anggota Perhimpunan Agung atau Majlis, atau orang yang ditauliahkan kepada, atau yang sedang menghadiri, persidangan antarabangsa yang diadakan oleh Lembaga sebagai wakil sesuatu Anggota, maka seseorang yang menjadi, atau yang pernah dalam apa-apa tempoh menjadi, anggota kakitangan rasmi orang yang mula mula disebut itu berhak, berkenaan dengan tempoh itu, untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan dan kekebalankekebalan yang sama dengan orang yang mula-mula disebut itu. (8) Seseorang yang menjadi atau yang pernah menjadi wakil sesuatu Anggota atau anggota kakitangan rasmi wakil sedemikian dalam tempoh semasa dia menjadi atau pernah menjadi seorang warganegara Malaysia tidaklah berhak di bawah seksyen ini atau di bawah peraturan-peraturan untuk mendapat apa-apa keistimewaan atau kekebalan, kecuali berkenaan dengan perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang dilakukan atas sifatnya sebagai wakil atau anggota sedemikian mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act →

Find Act 623 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next