My bookmarksSign up free
← Demutualisation (Kuala Lumpur Stock Exchange) Act 2003

Demutualisation (Kuala Lumpur Stock Exchange) Act 2003 s 9

Demutualisation (Kuala Lumpur Stock Exchange) Act 2003 s 9

s 9 Vesting provisions

(1) Subject to the provisions of this Act, the Minister may, from time to time, by order published in the Gazette, appoint a date which is not earlier than the conversion date as a vesting date, and on such date, all property, rights or liabilities as specified by the Minister in such order shall, by virtue of this Act, be transferred to or vested in the transferee company without any conveyance, assignment or transfer. (2) Where an order is made under subsection (1), all property, rights and liabilities vested in or held by the Exchange upon its conversion, either alone or jointly with any other person, shall, by virtue of the order, on and after the vesting date, become vested in or held by the transferee company either alone or jointly with such other person, as the case may be, and the order shall have effect according to its terms notwithstanding anything in any law, and shall be binding on any person thereby affected, regardless that the person so affected had no notice of the order made under this section or of other related proceedings. (3) Every property vested by virtue of subsection (1) in the transferee company shall be so vested for the like title, estate or interest and on the like tenure as the property was vested or held immediately before the vesting date. (4) Every chose-in-action vested by virtue of subsection (1) in the transferee company may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by the transferee company in its own name and it shall not be necessary for a notice to be given to the person bound by the chose-in-action of the vesting effected under subsection (1). (5) Every right and liability vested by virtue of subsection (1) in the transferee company may, on and after the vesting date, be sued on, recovered or enforced by or against the transferee company in its own name and it shall not be necessary for a notice to be given to the person whose right or liability is affected by the vesting effected under subsection (1). (6) Any pending legal, disciplinary or other proceedings which relate to any property, right or liability transferred to or vested in the transferee company by virtue of subsection (1) may, on and after the vesting date, be continued by or against the transferee company. (7) On and after the vesting date, any agreement relating to any property, rights and liabilities transferred to or vested in the transferee company under subsection (1) immediately before the vesting date, whether in writing or not, and whether or not of such a nature that such property, rights and liabilities under the agreement could be assigned, shall have effect as if the transferee company had been a party to the agreement. (8) On and after the vesting date, references to the Exchange in any instruction, order, approval, notification, direction, act, requirement, condition, consent, guideline, circular, undertaking, declaration, indemnity, waiver, exemption, restriction or decision, or other document howsoever called, made, given or done by any person before the vesting date in relation to the property, rights or liabilities transferred to or vested in the transferee company by virtue of subsection (1) shall be construed as references to the transferee company. (9) On and after the vesting date, any instruction, order, approval, notification, direction, act, requirement, condition, consent, guideline, circular, undertaking, declaration, indemnity, waiver, exemption, restriction or decision, or other document howsoever called, made, given or done by or to the Exchange, in relation to the property, rights or liabilities transferred to or vested in the transferee company by virtue of subsection (1) shall be construed as having been made, given or done by or to the transferee company.

Malay text (authoritative)

Peruntukan peletakhakan

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh yang tidak lebih awal dari tarikh perubahan sebagai tarikh letak hak, dan pada tarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan hakmilik. (2) Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1), segala harta, hak dan liabiliti yang terletak hak pada atau dipegang oleh Bursa apabila Bursa berubah, sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain, hendaklah, menurut kuasa perintah itu, pada dan selepas tarikh letak hak, menjadi terletak hak pada atau dipegang oleh syarikat penerima pindahan sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa mengikut terma-termanya walau apa pun apa-apa dalam mana-mana undang-undang, dan hendaklah mengikat manamana orang yang disentuh olehnya, walaupun orang yang disentuh itu tidak mendapat notis tentang perintah yang dibuat di bawah seksyen ini atau tentang prosiding lain yang berkaitan. (3) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat penerima pindahan hendaklah terletak hak sedemikian dengan hakmilik, hak harta atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak. (4) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat penerima pindahan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat penerima pindahan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu notis diberikan kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1). (5) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat penerima pindahan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat penerima pindahan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu notis diberikan kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1). (6) Apa-apa prosiding undang-undang, tatatertib, atau prosiding lain yang belum selesai berhubung dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap syarikat penerima pindahan. (7) Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan di bawah subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga harta, hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat penerima pindahan menjadi pihak kepada perjanjian itu. (8) Pada dan selepas tarikh letak hak, sebutan mengenai Bursa dalam apa-apa suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain walau apa jua dinamakan, yang dibuat, diberikan atau dilakukan oleh mana-mana orang sebelum tarikh letak hak berhubung dengan harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang syarikat penerima pindahan. (9) Pada dan selepas tarikh letak hak, apa-apa suruhan, perintah, kelulusan, pemberitahuan, arahan, perbuatan, kehendak, syarat, persetujuan, garis panduan, pekeliling, aku janji, perisytiharaan, tanggung rugi, penepian, pengecualian, sekatan atau keputusan, atau dokumen lain walau apa jua dinamakan, yang dibuat, diberikan atau dilakukan oleh atau kepada atau terhadap Bursa, berhubung dengan harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada atau terletak hak pada syarikat penerima pindahan menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah ditafsirkan sebagai dibuat, diberikan atau dilakukan oleh atau kepada atau terhadap syarikat penerima pindahan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 632 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next