Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004 s 5
Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004 s 5
s 5 Appointment of other officers of the Agency
(1) There shall be appointed such number of officers of the Agency as may be necessary, whose ranks shall be determined by the Yang di-Pertuan Agong by order, for the purpose of carrying into effect the provisions of this Act.
(2) The Yang di-Pertuan Agong may, in the order made under subsection (1), determine that the ranks of such appointed officers shall be regarded as equivalent to the ranks of—
(a) police officers as specified in or under the Police Act 1967 [Act 344];
Malaysian Maritime Enforcement Agency
(b) officers of customs as specified in or under the Customs Act 1967 [Act 235]; and
(c) any other officers whose ranks are specified in or under any other written law,
and the Criminal Procedure Code [Act 593] and laws specified in subsection 7(3) shall be construed accordingly.
(3) An officer appointed under subsection (1) shall have such powers as may be provided for him under this Act and shall be subject to the direction, command, control and supervision of the Director General or any other officer of the Agency superior to him in rank, and shall exercise his powers, perform his functions, and discharge his duties in compliance with such directions or instructions as may be specified orally or in writing by the Director General or any other officer of the Agency superior to him in rank.
(4) A certificate of appointment in the form of an authority card shall be issued to every officer of the Agency appointed under subsection (1), and such card shall be signed by the Director General and shall be prima facie evidence of the appointment under this Act.
Malay text (authoritative)
Pelantikan pegawai-pegawai lain Agensi
(1) Maka hendaklah dilantik apa-apa bilangan pegawai Agensi yang perlu, yang pangkatnya akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah, bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan bahawa pangkat pegawai yang dilantik itu hendaklah dikira sebagai setara dengan pangkat—
(a) pegawai polis sebagaimana yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];
(b) pegawai kastam sebagaimana yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235]; dan
(c) mana-mana pegawai lain yang pangkatnya dinyatakan dalam atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain,
dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan undang-undang yang dinyatakan dalam subseksyen 7(3) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(3) Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai apa-apa kuasa yang diperuntukkan bagi pegawai itu di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu.
(4) Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai Agensi yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pelantikan pegawai itu di bawah Akta ini.
Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).