My bookmarksSign up free
← Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004

Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004 s 7

Malaysian Maritime Enforcement Agency Act 2004 s 7

s 7 Powers of the Agency

(1) The Agency shall have powers to carry out the purposes mentioned in subsection 3(2) and to do all things reasonably necessary for or incidental to the performance of its functions under section 6. (2) In particular, but without prejudice to the generality of subsection (1), the Agency shall have power— (a) to receive and consider any report of the commission of an offence; (b) to stop, enter, board, inspect and search any place, structure, vessel or aircraft and to detain any vessel or aircraft; (c) to demand the production of any licence, permit, record, certificate or any other document and to inspect such licence, permit, record, certificate or other document or make copies of or take extracts from such licence, permit, record, certificate or other document; (d) to investigate any offence which it has reason to believe is being committed, or is about to be committed or has been committed; (e) to exercise the right of hot pursuit; (f) to examine and seize any fish, article, device, goods, vessel, aircraft or any other item relating to any offence which has been committed or it has reason to believe has been committed; (g) to dispose of any fish, article, device, goods, vessel, aircraft or any other item relating to any offence which has been committed or it has reason to believe has been committed; (h) to arrest any person whom it has reason to believe has committed an offence; and (i) to expel any vessel which it has reason to believe to be detrimental to the interest of or to endanger the order and safety in the Malaysian Maritime Zone. (3) Without prejudice to the generality of subsection (1), an officer of the Agency shall have, for the purpose of this Act, all the powers which any relevant agency may exercise under any federal law which is applicable in the Malaysian Maritime Zone. (4) Notwithstanding subsection (2), no vessel shall be stopped, entered, boarded, searched, inspected or detained within the area of territorial sea if the passage of the vessel within the territorial sea is an innocent passage. (5) For the purpose of subsection (4) the passage of a vessel is an innocent passage if and so long as the passage of the vessel is not prejudicial to the peace, good order or security of Malaysia. (6) Notwithstanding any written law, for the purposes of subsection (5), the following activities shall be considered to be prejudicial to the peace, good order and security of Malaysia: (a) any threat or use of force against the sovereignty, territorial integrity or political independence of Malaysia or any act which in any manner is a violation of the principles of Malaysian Maritime Enforcement Agency international law; (b) any exercise or practice with weapons of any kind; (c) any act aimed at collecting information to the prejudice of the defence or security of Malaysia; (d) any act of propaganda aimed at affecting the peace, defence or security of Malaysia; (e) the launching, landing or taking on board of any aircraft; (f) the launching, landing or taking on board of any military device; (g) the loading or unloading of any commodity, currency or person contrary to the customs, fiscal, immigration or health laws of Malaysia; (h) any act of pollution; (i) any fishing activities; (j) the carrying out of unauthorized research or survey activities; (k) any act aimed at interfering with any systems of communication or any other facilities or installations of Malaysia; and (l) any other activity not having a direct bearing on passage.

Malay text (authoritative)

Kuasa Agensi

(1) Agensi hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan maksud yang disebut dalam subseksyen 3(2) dan untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah seksyen 6. (2) Secara khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Agensi hendaklah mempunyai kuasa— (a) untuk menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan sesuatu kesalahan; (b) untuk memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa dan menggeledah mana-mana tempat, struktur, vessel atau pesawat udara dan untuk menahan mana-mana vessel atau pesawat udara; (c) untuk menuntut pengemukaan apa-apa lesen, permit, rekod, perakuan atau apa-apa dokumen lain dan untuk memeriksa lesen, permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu atau membuat salinan atau mengambil cabutan daripada lesen, permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu; (d) untuk menyiasat apa-apa kesalahan yang Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai sedang dilakukan atau hampir akan dilakukan atau telah dilakukan; (e) untuk menggunakan hak kejar buru; (f) untuk memeriksa dan menyita mana-mana ikan, artikel, peranti, barang, vesel, pesawat udara atau apa-apa benda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia lain yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan atau Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah dilakukan; (g) untuk melupuskan mana-mana ikan, artikel, peranti, barang, vesel, pesawat udara atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan atau Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah dilakukan; (h) untuk menangkap mana-mana orang yang Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan; dan (i) untuk menyingkirkan mana-mana vesel yang Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai akan memudaratkan kepentingan atau membahayakan ketenteraman dan kesejahteraan dalam Zon Maritim Malaysia. (3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai, bagi maksud Akta ini, semua kuasa yang boleh digunakan oleh mana-mana agensi yang berkaitan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia. (4) Walau apa pun subseksyen (2), tiada vesel boleh diberhentikan, dimasuki, dinaiki, digeledah, diperiksa atau ditahan di dalam kawasan laut wilayah jika laluan vesel itu di dalam laut wilayah merupakan laluan ikhlas. (5) Bagi maksud subseksyen (4) laluan sesuatu vessel merupakan laluan ikhlas jika dan selagi laluan vesel itu tidak memudaratkan keamanan, ketenteraman atau keselamatan Malaysia. (6) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, bagi maksud subseksyen (5), aktiviti yang berikut hendaklah dianggap memudaratkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan Malaysia: (a) apa-apa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah atau kemerdekaan politik Malaysia atau apa-apa perbuatan yang dengan apa-apa cara merupakan pelanggaran prinsip undang-undang antarabangsa; Undang-Undang Malaysia Akta 633 (b) apa-apa penggunaan atau latihan dengan apa-apa jenis senjata; (c) apa-apa perbuatan yang bermaksud untuk mengumpul maklumat yang memudaratkan pertahanan atau keselamatan Malaysia; (d) apa-apa perbuatan propaganda yang bermaksud menjejaskan keamanan, pertahanan atau keselamatan Malaysia; (e) pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana pesawat udara; (f) pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana peralatan tentera; (g) pemuatan atau pemunggahan apa-apa komoditi, mata wang atau orang yang bertentangan dengan undang-undang kastam, fiskal, imigresen atau kesihatan Malaysia; (h) apa-apa perbuatan pencemaran; (i) apa-apa aktiviti menangkap ikan; (j) penjalanan aktiviti penyelidikan atau tinjauan tanpa kebenaran; (k) apa-apa perbuatan yang bermaksud untuk mengganggu mana-mana sistem komunikasi atau mana-mana kemudahan atau pepasangan lain Malaysia; dan (l) apa-apa aktiviti lain yang tiada kaitan secara langsung dengan laluan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 633 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 April 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next