Skills Development Fund Act 2004 s 10
s 10 Power to invest
(1) The moneys of the Fund, in so far as they are not immediately required to be expended by the Corporation under this Act, shall be invested wholly in investments in Malaysia in accordance with subsection (2).
(2) The moneys of the Fund in subsection (1) may be invested in—
(a) deposits in—
(i) Bank Negara Malaysia;
(ii) banks and financial institutions licensed under the Banking and Financial Institutions Act 1989 [Act 372]; or
(iii) any other financial institutions established by or licensed or registered under any other written law and approved by the Minister of Finance for the purposes of this Act;
(b) bonds and securities of the Government;
(c) investments authorized by or under the Trustee Act 1949 [Act 208]; and
(d) such securities or investments as may be approved by the Minister of Finance.
(3) For the purposes of this section, “securities” has the same meaning as that assigned to “securities” under section 2 of the Securities Commission Act 1993 [Act 498].
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk melabur
(1) Wang dalam Kumpulan Wang, setakat yang tidak dikehendaki segera untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan keseluruhannya dalam pelaburan di Malaysia mengikut subseksyen (2).
(2) Wang dalam Kumpulan Wang dalam subseksyen (1) boleh dilaburkan dalam—
(a) deposit dalam—
(i) Bank Negara Malaysia;
(ii) bank dan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; atau
(iii) mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan atau didaftarkan di bawah manamana undang-undang bertulis dan diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi maksud di bawah Akta ini;
(b) bon dan sekuriti Kerajaan;
(c) pelaburan yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]; dan
(d) apa-apa sekuriti atau pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti” mempunyai makna yang sama seperti yang diberikan kepada “sekuriti” di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498].
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 640 on lom.agc.gov.my ↗
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).