s 3 Establishment of the Fund
(1) For the purposes of this Act a fund called the Skills Development Fund which shall be administered and controlled by the Corporation is established.
(2) The Fund shall consist of—
(a) such moneys as may be allocated by the Government from time to time for the purposes of this Act;
(b) all grants, donations, gifts, contributions and bequests made to or in favour of the Corporation;
(c) moneys earned by the operation of any project, agency, scheme or enterprise financed from the Fund;
(d) tuition fees, insurance claims and administrative fees and other charges imposed by the Corporation under this Act;
(e) such moneys as may be paid from time to time to the Corporation and all moneys from time to time falling due to the Corporation in respect of the repayment of any financing or financial assistance, including skills training loans, given out of the Fund;
(f) moneys borrowed by the Corporation;
(g) any property, investment, mortgage, lease, tenancy, charge or debenture acquired by or vested in the Corporation;
(h) all other moneys or property which may in any manner become payable to or vested in the Corporation in respect of any matter incidental to its functions, powers or duties;
(i) moneys earned or arising from any property, investment, mortgage, lease, tenancy, charge or debenture acquired by or vested in the Corporation; and
(j) all other moneys lawfully received by the Corporation.
Malay text (authoritative)
Penubuhan Kumpulan Wang
(1) Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang yang dinamakan Tabung Pembangunan Kemahiran yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan ditubuhkan.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;
(b) segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Perbadanan;
(c) wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(d) yuran tuisyen, tuntutan insurans dan fi pentadbiran dan bayaran lain yang dikenakan oleh Perbadanan di bawah Akta ini;
(e) apa-apa wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Perbadanan dan segala wang yang dari semasa ke semasa menjadi kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan, termasuk pinjaman latihan kemahiran, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
(f) wang yang dipinjam oleh Perbadanan;
(g) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
(h) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apaapa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipannya;
(i) wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan; dan
(j) semua wang lain yang diterima secara sah oleh Perbadanan.