My bookmarksSign up free
← Skills Development Fund Act 2004

Skills Development Fund Act 2004 s 47

Skills Development Fund Act 2004 s 47

s 47 Registration of skills training loan application

(1) A skills training provider registered under section 34 may submit applications for skills training loans facilities to the Corporation for trainees undergoing skills training by the skills training provider in a programme approved by the Corporation. (2) Every application for a skills training loan shall be made to the Chief Executive in such form and manner as may be determined by the Corporation. (3) Every application shall be accompanied withβ€” (a) such documents and information as may be determined by the Chief Executive; and (b) such fees, if any, as may be determined by the Corporation. (4) No fee shall be imposed under subsection (3) in respect of an application by an institution owned or operated by the Government or a State Government or a statutory body. (5) At any time after receiving the application for a skills training loan and before it is determined, the Chief Executive may by written notice require the skills training provider to provide additional documents and information within a specified period. (6) Where the additional documents and information required under subsection (5) are not provided by the applicant within the specified period or such extended period as may be allowed by the Chief Executive, the application shall be deemed to be withdrawn and not be further proceeded with, but a new application may be made by the applicant. (7) The Chief Executive or any officer of the Corporation may at any time inspect the premises of the skills training provider to verify the authenticity of the application. (8) An application for a skills training loan may be withdrawn at any time before it is granted or refused.

Malay text (authoritative)

Pendaftaran permohonan pinjaman latihan kemahiran

(1) Penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan untuk kemudahan pinjaman latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran oleh penyedia latihan kemahiran di dalam program yang diluluskan oleh Perbadanan. (2) Tiap-tiap permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (3) Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan denganβ€” (a) apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif; dan (b) apa-apa fi, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan. (4) Tiada fi boleh dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu permohonan oleh institusi yang dimiliki atau dikendalikan oleh Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau badan berkanun. (5) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pinjaman latihan kemahiran dan sebelum permohonan itu diputuskan, Ketua Eksekutif boleh melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan. (6) Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa pelanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi permohonan baru boleh dibuat oleh pemohon. (7) Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai Perbadanan boleh pada bila-bila masa memeriksa premis penyedia latihan kemahiran itu untuk menentusahkan kesahihan permohonan itu. (8) Sesuatu permohonan pinjaman latihan kemahiran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part VIII β†’

Find Act 640 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next