(1) The skills training loan under this Act shall be given and disbursed to eligible trainees in approved training programmes in such sums and manner as the Corporation may decide from time to time.
(2) For the purpose of subsection (1), the Corporation may prescribe such means test as the Corporation deems necessary and expedient in order to determine and select trainees eligible for the skills training loan.
Malay text (authoritative)
Pembayaran pinjaman latihan kemahiran
(1) Pinjaman latihan kemahiran di bawah Akta ini hendaklah diberikan dan dibayar kepada pelatih yang layak dalam program latihan yang diluluskan dalam apa-apa jumlah wang dan cara sebagaimana yang diputuskan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh menetapkan apa-apa ujian kemampuan sebagaimana yang disifatkan perlu dan suai manfaat oleh Perbadanan bagi menentukan dan memilih pelatih yang layak mendapat pinjaman latihan kemahiran.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).