s 81 Responsibility of skills training provider for offences committed by members of board of directors, officers, employees or agents
(1) Where an offence against any provision of this Act has been committed by a person who at the time of the commission of the offence was—
(a) a member of the board of directors;
(b) an officer;
(c) an employee; or
(d) an agent,
of the skills training provider, the skills training provider shall be deemed to have also committed that offence.
(2) In a prosecution against a skills training provider under subsection (1), by virtue of an offence committed by—
(a) a member of the board of directors;
(b) an officer;
(c) an employee; or
(d) an agent,
of the skills training provider, it shall be a defence for any skills training provider prosecuted under subsection (1) if the skills training provider proves—
(aa) that the offence was committed without the knowledge or connivance of the skills training provider; or
(ab) that the skills training provider—
(i) took all reasonable precautions; and
(ii) exercised all due diligence,
to prevent the commission of the offence as the skills training provider ought to have taken and exercised, having regard to the nature of the functions of the member of the board of directors, officer, employee or agent in that capacity and all circumstances.
Malay text (authoritative)
Tanggungjawab penyedia latihan kemahiran bagi kesalahan yang dilakukan oleh anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen
(1) Jika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh seseorang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah—
(a) seorang anggota lembaga pengarah;
(b) seorang pegawai;
(c) seorang pekerja; atau
(d) seorang ejen,
penyedia latihan kemahiran itu, maka penyedia latihan kemahiran itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu.
(2) Dalam sesuatu pendakwaan terhadap sesuatu penyedia latihan kemahiran di bawah subseksyen (1) berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh—
(a) seorang anggota lembaga pengarah;
(b) seorang pegawai;
(c) seorang pekerja; atau
(d) seorang ejen,
penyedia latihan kemahiran itu, maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana penyedia latihan kemahiran yang didakwa di bawah subseksyen (1) jika penyedia latihan kemahiran itu membuktikan—
(aa) bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan atau pembiaran penyedia latihan kemahiran itu; atau
(ab) bahawa penyedia latihan kemahiran itu telah—
(i) mengambil segala langkah yang munasabah; dan
(ii) menjalankan segala usaha yang wajar,
untuk mencegah perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu, dengan mengambil kira jenis fungsi anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen di atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).