s 84 Presumption
In any proceeding for an offence under this Act when it has been proved that any application, information, particular, return, account, record, document or statement, whether written or not, is—
(a) false or incorrect in whole or in part; or
(b) misleading in any material particular,
it shall be presumed until the contrary is proved that such application, information, particular, return, account, record, document or statement is false or incorrect in whole or in part or misleading in any material particular, as the case may be, to the knowledge of the person signing, delivering or supplying it.
Malay text (authoritative)
Anggapan
Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau penyataan, sama ada bertulis atau tidak, adalah—
(a) palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya; atau
(b) mengelirukan dalam apa-apa butir material,
maka hendaklah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau peryataan itu adalah palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau membekalkannya.