LawPlayer
My bookmarks
← Skills Development Fund Act 2004

Skills Development Fund Act 2004 Schedule

Skills Development Fund Act 2004 Schedule

Act no.
Act 640
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Skills Development Fund Act 2004 [Act 640], Schedule

Schedule SCHEDULESupplementary

[Subsection 16(5)] Revocation and resignation 1. (1) The Minister may at any time revoke the appointment of any member or alternate member of the Board appointed by him without assigning any reason for the revocation. (2) Any member or alternate member appointed by the Minister may resign his office at any time by letter addressed to the Minister. Vacation of office 2. (1) The office of a member of the Board appointed by the Minister is vacated— (a) if he dies; (b) if there has been proved against him, or he has been convicted on, a charge in respect of— (i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude; (ii) an offence under any law relating to corruption; or (ii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years; (c) if his conduct, whether in connection with his duties as, Deputy Chairman or member of the Board or otherwise, has been such as to bring discredit to the Board; (d) if he becomes a bankrupt; (e) if he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties; or (f) in the case of the Chairman, if he absents himself from three consecutive meetings of the Board without reasonable cause or permission in writing from the Minister. (2) The provisions of subparagraph (1) other than subsubparagraph (f) shall apply mutatis mutandis to an alternate member. Meetings 3. (1) The Board shall meet for the dispatch of its business at least once in every three months at such time and place as the Chairman may determine from time to time. (2) At any meeting of the Board, five members shall form a quorum. (3) The Chairman of the Board shall preside over all meetings of the Board. (4) Notwithstanding subparagraph (3), if for any reason the Chairman is unable to attend a meeting of the Board, the Deputy Chairman shall exercise the powers of the Chairman during the absence of the Chairman. (5) In the event that both the Chairman and Deputy Chairman are unable to attend a meeting of the Board, the remaining Board members shall elect from among themselves a person to preside over the meeting and the person elected shall have all the powers of the Chairman for the purpose of and for the duration of that meeting. (6) If on any question to be determined by the Board there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote in addition to his deliberative vote. Board may invite others to meetings 4. (1) The Board may invite any person to attend any meeting or deliberation of the Board for the purpose of advising it on any matter under discussion, but any person so attending shall have no right to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) shall be paid such allowances as may be determined by the Board. Minutes 5. (1) The Board shall cause minutes of all the meetings of the Board to be maintained and kept in a proper form. (2) Any minutes made of a meeting of the Board shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof. (3) Every meeting of the Board in respect of the proceedings of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members at the meeting to have been duly qualified to act. Disclosure of interest 6. (1) A member of the Board having, directly or indirectly, by himself or his partner— (a) an interest in a company or undertaking with which the Corporation proposes to make a contract; or (b) an interest in a contract or matter under discussion by the Board, shall disclose to the Board the fact of his interest and its nature. (2) A disclosure under subparagraph (1) shall be recorded in the minutes of the Board and such member shall take no part in the deliberation or decision of the Board relating to the contract or matter. Validity of acts and proceedings 7. No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the grounds of— (a) any vacancy in the membership of, or any defect in the constitution of, the Board; (b) a contravention by any member of the Board of the provisions of paragraph 6; or (c) any omission, defect or irregularity not affecting the merits of the case. Procedure 8. Subject to this Act, the Board may determine its own procedure. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, CAWANGAN KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

Malay text (authoritative)

JADUAL

[Subseksyen 16(5)] Pembatalan dan peletakan jawatan 1. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota atau anggota silih ganti yang dilantik olehnya tanpa memberikan apa- apa sebab bagi pembatalan itu. (2) Mana-mana anggota atau anggota silih ganti yang dilantik oleh Menteri boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri. Pengosongan jawatan 2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri menjadi kosong— (a) jika dia meninggal dunia; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai Timbalan Pengerusi atau anggota Lembaga atau selainnya, adalah sedemikian cara sehingga mencemarkan nama Lembaga; (d) jika dia menjadi bankrap; (e) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau (f) dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri. (2) Peruntukan subperenggan (1) selain subsubperenggan (f) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti. Mesyuarat 3. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat bagi melaksanakan urusannya sekurang- kurangnya tiga bulan sekali pada sesuatu masa dan ditempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. (2) Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, lima orang anggota hendaklah membentuk suatu kuorum. (3) Pengerusi Lembaga hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga. (4) Walau apa pun subperenggan (3), jika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan kuasa Pengerusi semasa ketidakhadiran Pengerusi. (5) Sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kedua-duanya tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, anggota Lembaga yang ada hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi Pengerusi bagi mesyuarat itu dan orang yang dipilih itu hendaklah mempunyai segala kuasa Pengerusi bagi maksud dan tempoh mesyuarat itu. (6) Jika mengenai apa-apa persoalan untuk diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya. Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 4. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri apa- apa mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau penimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. Minit 5. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya. (3) Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mana minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Penzahiran kepentingan 6. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai— (a) suatu kepentingan dalam sesuatu syarikat atau perusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau (b) suatu kepentingan dalam sesuatu kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu. (2) Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam penimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Kesahan tindakan dan prosiding 7. Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa— (a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga; (b) ada pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga berkenaan peruntukan perenggan 6; atau (c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit hal itu. Tatacara 8. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Read this section in the full act →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Skills Development Fund Act 2004, Schedule is headed “SCHEDULE” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Skills Development Fund Act 2004, Schedule begins “[Subsection 16(5)] Revocation and resignation 1. (1) The Minister may at any time revoke the appointment of any member or alternate member…”.
Synced
LawPlayer last synced the text of Skills Development Fund Act 2004 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Skills Development Fund Act 2004, Schedule is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next