My bookmarksSign up free
← Langkawi International Yachting Companies Act 2005

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 111

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 111

s 111 Irregularities in proceedings

(1) No proceedings under this Act shall be invalidated by any omission, defect, error, irregularity or deficiency of notice or time unless the Court is of the opinion that substantial injustice has been or may be caused thereby which cannot be remedied by any order of the Court and the Court may, if it thinks fit, make an order or direction declaring that such proceedings are valid notwithstanding any such omission, defect, error, irregularity or deficiency. (2) Without affecting the generality of subsection (1) or of any other provisions of this Act, where any omission, defect, error, irregularity or deficiency, including the absence of a quorum at any meeting of the Langkawi company, has occurred in the management or administration of a Langkawi company whereby any breach of the provisions of this Act has occurred, or whereby there has been default in the observance of the memorandum or articles of association of the company, or whereby any proceedings at or in connection with any meeting or purported meeting have been rendered ineffective, including the failure to make or lodge any declaration of solvency, the Courtβ€” (a) may, either of its own motion or on an application lodged by any interested person, make such order or direction as it thinks fit to rectify or cause to be rectified or to negative or modify or cause to be negatived or modified the consequences in law of any such omission, defect, error, irregularity or deficiency, or to validate any act, matter or thing rendered invalid by or as a result of any such omission, defect, error, irregularity or deficiency; (b) shall, before making any such order or direction, satisfy itself that such an order or direction would not do injustice to the company or to any member or creditor of the company, or any other person; (c) where any such order or direction is made, may give such ancillary or consequential directions as it thinks fit; and (d) may determine what notice or summons is to be given to other persons of the intention to make any such application or of the intention to make such an order or direction and whether it should be advertised in any newspaper. (3) For the purposes of subsection (2), β€œmeeting”, in relation to a Langkawi company, includesβ€” (a) a meeting of the company; (b) a meeting of any class of members of the company; (c) a meeting of the debenture holders or any class of debenture holders of the company; (d) a meeting of the directors of the company or of any committee of the directors; and (e) a meeting of the creditors or any class of the creditors of the company. (4) The Court, whether the company is in the process of being wound up or not, may extend or shorten any time for doing any act or taking any proceedings allowed or limited by this Act or the regulations on such terms, if any, as the justice of the case may require, and any such extension may be ordered although the application for the same is not made until after the time originally allowed or limited.

Malay text (authoritative)

Luar aturan dalam prosiding

(1) Tiada apa-apa prosiding di bawah Akta ini boleh menjadi tidak sah oleh apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau kekurangan notis atau masa melainkan jika Mahkamah berpendapat bahawa ketidakadilan substansial telah atau boleh disebabkan oleh peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau kekurangan itu yang tidak boleh diremedikan oleh apa-apa perintah Mahkamah dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya sesuai, membuat suatu perintah atau arahan yang mengisytiharkan bahawa prosiding sedemikian adalah sah walaupun mana-mana peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau kekurangan sedemikian. (2) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau kekurangan, termasuk ketiadaan kuorum dalam mana-mana mesyuarat syarikat Langkawi itu, telah berlaku dalam pengurusan atau pentadbiran suatu syarikat Langkawi yang disebabkannya apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini telah berlaku, atau yang disebabkannya telah berlaku keingkaran dalam mematuhi memorandum atau perkara persatuan syarikat itu, atau yang disebabkannya apa-apa prosiding dalam atau yang berkaitan dengan apa-apa mesyuarat atau yang berupa mesyuarat telah dijadikan tidak berkesan, termasuk kegagalan untuk membuat atau menyerahkan apa-apa perisytiharan kesolvenan, Mahkamahβ€” (a) boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas sesuatu permohonan yang diserahkan oleh mana-mana orang yang berkepentingan, membuat apa-apa perintah atau arahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk membetulkan atau menyebabkan dibetulkan atau menjadikan negatif atau mengubahsuaikan atau menyebabkan menjadi negatif atau diubahsuaikan akibat di sisi undang-undang apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau kekurangan itu, atau untuk mengesahkan apa-apa tindakan, perkara atau benda yang dijadikan tidak sah oleh atau akibat daripada apa-apa peninggalan, kecacatan, kesilapan, luar aturan atau kekurangan itu; (b) hendaklah, sebelum membuat apa-apa perintah atau arahan sedemikian, memuaskan hatinya bahawa perintah atau arahan sedemikian tidak akan menyebabkan ketidakadilan kepada syarikat itu atau kepada mana-mana anggota atau pemiutang syarikat itu, atau mana-mana orang lain; (c) jika apa-apa perintah atau arahan sedemikian telah dibuat, boleh memberi apa-apa arahan bersampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkannya sesuai; dan (d) boleh menentukan notis atau saman yang hendak diberi kepada orang lain mengenai niat untuk membuat apaapa permohonan sedemikian atau niat untuk membuat apa-apa perintah atau arahan sedemikian dan sama ada ia patut diiklankan dalam mana-mana surat khabar. (3) Bagi maksud subseksyen (2), β€œmesyuarat”, berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi, termasukβ€” (a) sesuatu mesyuarat syarikat itu; (b) sesuatu mesyuarat mana-mana kelas anggota syarikat itu; (c) sesuatu mesyuarat pemegang debentur atau mana-mana kelas pemegang debentur syarikat itu; (d) sesuatu mesyuarat pengarah syarikat itu atau mana-mana jawatankuasa pengarah itu; dan (e) sesuatu mesyuarat pemiutang atau mana-mana kelas pemiutang syarikat itu. (4) Mahkamah, sama ada syarikat itu dalam proses digulungkan atau tidak, boleh melanjutkan atau memendekkan apa-apa masa bagi melakukan apa-apa tindakan atau mengambil apa-apa prosiding yang dibenarkan atau dihadkan oleh Akta ini atau peraturanperaturan atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana keadilan dalam kes itu menghendaki, dan apa-apa pelanjutan sedemikian boleh diperintahkan walaupun permohonan bagi pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas masa yang pada mulanya dibenarkan atau dihadkan.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part X β†’

Find Act 643 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next