My bookmarksSign up free
← Langkawi International Yachting Companies Act 2005

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 118

Langkawi International Yachting Companies Act 2005 s 118

s 118 Compounding of offences

(1) The Registrar may, with the consent of the Public Prosecutor, compound any offence committed by any person against this Act or the regulations and prescribed by the Minister to be a compoundable offence by regulations by making a written offer to the person reasonably suspected of having committed the offence to compound the offence upon payment to the Registrar of an amount of money not exceeding fifty per centum of the amount of maximum fine for that offence within the time as specified in the offer. (2) An offer under subsection (1) may be made at any time after the offence has been committed but before any prosecution for the offence has been instituted, and where the amount specified in the offer is not paid within the time as specified in the offer, or within such extended time as the Registrar may grant, prosecution for the offence may be instituted at any time after that against the person to whom the offer was made. (3) Where the offence has been compounded under subsection (1), no prosecution shall be instituted in respect of the offence against the person to whom the offer to compound was made.

Malay text (authoritative)

Pengkompaunan kesalahan

(1) Pendaftar boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh manamana orang terhadap Akta ini atau peraturan-peraturan dan ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan dalam peraturan-peraturan dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pendaftar suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu. (2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberi oleh Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 643 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next